Kini musim bunga di Perth. It is Spring time.
Hiasan di sana sini menggambarkan keceriaan yang membawa keseronokan.
Kami berduaan sahaja duduk-duduk dan melihat-lihat berbagai rupa manusia sibuk dengan hal masing-masing dalam cuaca yang tidak sangat dingin.
Hanya 17 darjah centigrade rata-rata begitu selama kami di sana.
Bila sampai waktu makan kami cari restoran Halal dan jamu selera.
Di bawah ini kedai Indonesia Indah makan nasi padang.
Alhamdulillah amat memuaskan.
Pada hari-hari kami tidak di bawa oleh teman kami yang
menjadi "pemandu pelancung",
kami meneroka apa yang ada di hadapan hotel kami.
Bangunan yang warna cokolat itu New Esplanade Hotel
di mana kami tinggal.
Ia bangunan lama yang direfurbish untuk sesuai dengan
bangunan-bangunan lain yang berderetan.
Musafir berduaan membuat kami lebih bersabar dan
lebih berdikari dan lebih menerima seadanya mengenai
aktiviti yang dapat dijalankan.
Ditakdirkan kami demam selsema dan batuk. Maka kami
banyak berehat setelah menadapatkan ubat-ubatan yang
sesuai dari Farmasi yang terdekat.
Diumur senja seperti kami , musafir berduaan sahaja agak bermasaalah jika berkaitan dengan teknologi canggih yang biasa-biasa digunakan.
Kami tidak IT savy. Contohnya tidak mahir
menggunakan aplikasi yang ada di telefon.
Suami saya lebih kreatif dan akhirnya kami dapat juga menggunakannya
untuk beberapa hal yang biasa-biasa.
Sampai di sini dulu.
......
No comments:
Post a Comment