"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, January 5, 2010

BILA BELAJAR WAKTU TUA






Panjang cuti kali ini untuk kelas tafsir harfiah. Hari ini hari pertama selepas 3 minggu. Dengan umur senior seperti saya, cuti 3 minggu macam cuti 3 bulan. Banyak yang telah lupa. Alahai.... Nahu yang senang pun tergamam nak menjawab bila ditanya.

Sebenarnya kita tidak boleh menggunakan umur sebagai alasan untuk kelemahan atau kekurangan dalam usaha menimba ilmu. Ustaz bagi tahu, semua sahabat Rasulullah pun tua-tua. Mengapa mereka mudah mendapat ilmu. Beliau kata , "hati mahu bersih." Kalah saya dalam hal ini. Nyata masih banyak karat di lubuk hati, masih banyak yang perlu di bersihkan agar nur cahaya keimanan dapat menduduki kepingan hati yang seperti belum dapat dilembutkan ini.

Dua tiga kali Ustazah bertanya mengapa begini dan mengapa begitu dalam bacaan harfiah. Saya tidak dapat menjawab tetapi saya senyum. Saya tahu senyuman saya tawar dan rasa tidak seronok. Apatah lagi seorang teman dalam kelas berkata,"Dah baca hingga al Israk takkan tak tahu lagi. Tak bolehlah kata terjemah ikut rasa.." Waduh ! Terkejut saya dengan komen itu. Apa yang dikatakan itu memang betul tetapi rasa benar ketidakseronokan itu kerana agak serious cara ia menegornya.Bukan tidak seronok itu marah atau kecil hati, tapi cuma sedih hati kerana sudah tua belajar tak pandai-pandai. Teman ini memang antara pelajar yang terbaik dalam kelas itu dan umurnya dalam linkungan awal empat puluhan. Saya menginsafi segala kekurangan yang ada dan akan terus mencuba.


Seorang teman yang lain yang sudah sampai ke surah al Kahfi cuba membela saya agaknya dan mungkin nak sedapkan hati saya. Dia berkata : "baca dah tinggi tapi nahu tak lancar lagi. Saya pun gitu." Ustazah senyum sahaja. Beliau kata alQuran ini jangan sehari pun kita tinggal membacanya. Luangkan masa sehari sejam. InsyaAllah akan selalu ingat. Tetapi maksud beliau bukan setakat membaca sahaja. Kita mesti sentiasa mengulang kaji nahunya sekali.

Apa hikmahnya akan apa yang berlaku hari ini akan saya amati. Semoga ia menjadi dorongan untuk saya lebih berdoa semoga Allah mudahkan usaha saya untuk memahami alQuran sepenuhnya dan dapat menghayati akan isinya spenuhnya.Semoga dapat juga saya kongsikan walaupun sedikit ilmu yang ada ini. Kerana kata Ustaz, bekalan untuk mati antaranya ialah ilmu yang dimunafaatkan.
Semoga Allah merestui.

2 comments:

Jantung Hatiku said...

Salam. janganlah kecik hati atas teguran rakan kita tu. Kita terima sajalah sebagai joke. Kata pujangga arab:
Tahun ni mestilah lebih baik dari tahun lalu, supaya kita beruntung.
Kalau tahun ni sama seperti tahun lalu, kita sebenarnya rugi.
Jadi, yang penting tu azam kita nak capai yang lebih baik, Insya Allah.

ngasobahseliman said...

Terima kasih atas empathy.Agaknya hari itu memang hati kurang ceria. InsyaAllah akan baiki diri.Tolong doakan.

Related Posts with Thumbnails