"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, January 11, 2010

TIDUR SELEPAS SUBUH



Ini fenomena yang telah belarutan, saya rasa, zaman berzaman. Dalam keluarga saya pun ada yang suka tidur selepas subuh. Saya keturunan keluarga Jawa totok yang dididik pantang tidur selepas subuh. Dulu semasa kecil pun saya selelu protes secara lisan bila emak saya pukul dinding dengan kayu kuat-kuat supaya bising kalau tidak bangun untuk subuh dan kalau tidur balik selepas subuh, walaupun pada hari tidak sekolah.

Antara prinsip hidup orang tua saya ialah, kalau makan banyak dan tidur banyak kita akan jadi benak dan malas. Maka keluarga generasi saya memang sebati dengan prinsip ini dan hati akan jadi seperti marah jika melihat ada yang suka tidur semula selepas subuh.

Sekarang ini bila sudah belajar sedikit sebanyak rupanya ada ayat alQuran yang suruh kita bangun pagi dan bertebaran mencari rezki apabila sudah selesai solat dan berdoa yang sewajarnya. Cuba lihat surah Al Jumaah ayat 10 yang bermaksud : "Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dan saya juga diberi tahu ustaz (rujuklah sumber hadith) yang bermaksud "kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi 'gila'."

Kadang-kadang anak-anak berkata : "tak apalah ini hari cuti. Nanti bangunlah." Saya jawab balik dalam gurauan walaupun saya serious : "Mak tak nampak nas yang kata begitu. Agaknya sebab Mak ni bukan ustazah, anak tak percayalah".

Emak saya keras orangnya. Pernah dia jirus air sebaldi atas kepala sepeupu sebaya saya yang tidur balik lepas subuh. Lepas itu tidak berani tidur semula.Lantas bangun dan pergi ke kebun. Agaknya ini cuma budaya orang tua saya. Hari ini banyak perkara yang berlainan. Legacy hidup yang baik tidak dapat kesinambungan. Begitu kuat pengaruh Yahudi. Tidur malam lambat kerana hiburan, pagi bangun lambat. Kalau bangun dan tidur semula lepas subuh itu sudah kira hebat. Takut tidak bangun hingga hampir waktu zohor. Saya kadang-kadang fikir di mana silap saya tidak dapat menerapkan prinsip orang tua saya. Agaknya dulu hidup susah sekarang hidup sudah senang maka tidak mengapa banyak masa untuk tidur. Saya rasa ini prinsip yang salah. Kalau ada pilihan kenapa tidak disebut sekali dalam alQuran yang bermaksud demikian.

Doa saya semoga kita tidak berlebihan tidur, kerana itu satu pembaziran masa. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk menikut perintahNya.

Walahua'lam.

4 comments:

noraini said...

salam sobah. dalam hadis ada sebut tidur lepas subuh mewarisi kepapaan. mungkin papa dalam bentuk lebih luas, bukan setakat wang ringgit. takut juga kerana rata-rata amalan ini masih menebal dan sukar di bendung terutama hari cuti. Kena atur pelbagai program macam di asrama agaknya baru anak-anak peka. WaAllauu'alam

Jantung Hatiku said...

Assalam.

Pada anak-anak sekarang budaya dah berubah sebab dah ada banyak program malam, tidur pun lambat, kadang kala jam 3-4 pagi baru tidur. Sepatutnya dah bangun tahjud tapi dia orang baru nak tidur. Sekejap je tidur nak bangun lagi solat subuh, tu pun kalau dikejutkan. Lepas subuh tentunya tidur lagi. Zaman kita dilatih budaya tidak tidur lepas subuh, belum ada letrik, belum ada TV, jadi kita tidur awal malam, cukup waktu tidur, terbangunlah kita untuk solat subuh, lepas tu tak ngantuk dah. Lagi pun dah nak kena tolong ibu bapa buat kerja. Sekarang ni anak-anak dah rasa senang, bila cuti dan berada di rumah, mereka qadak tidur.

ngasobahseliman said...

Salam Datin & Dr. Ikut cara rationalise sekarang macam ok kita tidur semula untuk segarkan badan dan ganti yang tak cukup. Cuma I fikir macam mana Nabi saw dan sahabat2 boleh terus berkerja walhal qiam malam lama. Dan bagi Nabi saw sampai bengkak kaki.Memanglah kita bukan nabi. Bukan sahabat pun. Tetapi tentu ada rahsia yang kita belum tahu atau dah tahu tapi belum dapat atau belum sempurna laksana sebab kita belum tumpu betul2.WaAllahua'lam.

Alhamdulillah said...

Jangan tidur selepas subuh....dulu mak saya dah tegur, tapi mak saya ni jenis lembut sikit.....sebab tu la saya pun liat nak bangun sampai dewasa, saya masih lagi tidur pagi.....pastu saya ada penyakit...bila saya fikirkan balik, itulah antara sebabnya...jadi hingga sekarang saya dah tak tidur selepas subuh...tepat pukul 6 saya bangun dan tak tidur sampai malam insyallah

Related Posts with Thumbnails