"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, January 6, 2010

DI SEKELILING KU




Di sekelilingku,
Wanita....
Ramai yang takut tua
Takut di ragut kejelitaan, takut dipinggirkan
Mungkin nanti anak-anak lupa
Mungkin nanti suami mencari yang muda
yang lebih lincah, lebih bertenaga.


Aku juga wanita...
Dan telah ku lalui hidup berbagai rupa
Telah ku rasai pahit manis menghempit jiwa.
Jangan kita khuatir kita tua
Itu proses fitrah menuju Allah yang maha Esa
Kita bertenang, kita berlapang dada
Kerana itu nikmat dunia sebenarnya.

Jangan dikhuatir kita diabai atau dilupa
Jangan dikhuatir kita hidup tanpa sesiapa
Kerana kasih anak-anak bukan tujuan
Kerana kasih suami bukan pautan
Itu hanya laluan-laluan Allah hamparkan sebagai ujian
Untuk kita mengabdi diri meningkat amalan.
Mentauhidkan Tuhan.






Mungkin bila tua kita menyendiri
Tetapi kita bukan sendiri
Kita pelihara kuat akhlak yang diperintah Ilahi
Setiap langkah kita pastikan ia syarie
Kita pelihara kewanitaan kita, tanpa perlu sanjungan diberi
Allah Maha Mengawasi, Maha Mengasihi
Jangan kita khuatir dan jangan bersedih hati.

Kita semua menuju hala yang sama
Ada anak, ada suami, itu hanya hiasan semata
Jangan rasa kita jadi mangsa,
Jangan rasa Allah tidak melindungi kita

Semuanya ada perhitungan, ada pertanggongjawaban
Di hadapan RabbulJalil kita ditanyakan
Biar Iman yang menjawab, biar amalan yang membela
Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana.

Taman-taman Syurga yang kita doa, kita pinta
Taubat nasuha kita buat sepanjang masa.
Semoga kita tua bukan suatu yang sia-sia.
Sebab kita tua hanya pada rupa, hanya pada gaya
Bukan pada ruh dan dan bukan pada minda
Ruh, kita semai nur cahaya Iman
Minda, kita sibukan dengan perjuangan
Munajat  sepanjang malam kita cuba tunaikan
Semoga damai hati-hati ini bila berjumpa Tuhan.

Kita ikhlas, kita redha dan semoga Allah meredhai
Di Syurga Firdaus kita berjumpa nanti.












Allahuma Amin.

4 comments:

noraini said...

salam sobah. cantik seloka. suka baca. ada keinsafan dan pelajaran yang bermanfaat. tahniah

ngasobahseliman said...

Sometimes it is difficult to put thoughts and feelings into words.But Allah is All Hearing and ALL Knowing and we rest our case with Him and Him alone.Salam.

Makbonda61 said...

Subhanallah,
Kenapa saya beru jumpa?Izinkan saya print dan sebarkan pada rakan-rakan.Kebanyakan mereka bukan penjejak maya.

ngasobahseliman said...

BOLEH, DEAR MAKBONDA. INI DAKWAH KITA BERSAMA.

Related Posts with Thumbnails