Sampainya di Medan dua minggu dulu kami membeli belah sementara menunggu malam untuk naik bas ke Banda Acheh. Kemudian kami putar-putar melihat-lihat bandaraya Medan, katanya ketiga terbesar di Indonesia. Kami berkunjung sebagai "budget travellers" dan kami naik kereta taxi persendirian, dan ketika pulang kami naik beca.
BERSANTAI MAKAN GORENG PISANG DAN KELAPA MUDA. DI TEPI JALAN DI PINGGIRAN MEDAN.
NOSTALGIA NAIK BECA DI KG. DI JOHOR
SAMBIL MEMBANTU YANG MERMEMERLUKAN.
Peristiwa naik bas selama 10 jam tanpa berhenti waktu malam tidak akan dilupai. Itulah kisah perjalanan dari Medan ke Banda Acheh. Penat tidak karuan tetapi bila mengenangkan sejarah bapak saya berjalan berbatu-batu mencari rezki setelah berhijrah dari Indonesia ke Malaya ketika itu, maka rasa penat seolah-olah hilang dan mula merancang bagaimana hendak memunafaatkan masa di Acheh pula.
NAIK BAS KECIL KE TERMINAL
LOBSTER DI TEMPAT QUARANTINE. LEBIH 3 KG. BERATNYA.
Tujuan utama ke Acheh ialah untuk melihat kebarangkalian boleh berniaga jual beli makanan laut, Lobster. Tujuan sampingan ialah melihat kesan pada kehidupan orang-orang yang dilanggar tsunami. MasyaAllah, kegigihan orang-orang Acheh yang saya temui luar biasa seklai. Mereka sedar apa itu "kehendak Allah" dan dengan semngat pengabdian diri mereka membina semula kehidupan mereka. Saya akui masih banyak yang belum dapat disempurnakan tetapi melihat dengan mata kasar Acheh sudah hampir pulih seperti dahulu. Saya merasa insaf dengan apa yang saya lihat akan kesan tsunami, sejarah tamadun manusia yang amat menakjubkan. Di bawah ini saya rakamkan beberapa gambar untuk tetapan. 1) Masjid yang telah pulih. 2) Boat yang tersadai di atas rumah 3) Kapal yang di heret ombak sejauh lebih 10 km ke tanah darat. 4) Gambar kapal tersebut sejurus selepas tsunami.5) Pemandangan dari atas kapal sejauh mata memandang yang telah dibina semula. 6) Perlabuhan yang telah dibina semula.
Di Acheh, kami pergi juga kepulau Acheh untuk melihat terumbu ternakan ikan dan lobster.Tiada kemudahan untuk pelancong dan kami tinggal di rumah teman yang mengirigi kami. Perjalanan boat nelayan memakan masa hampir 2 jam dan pada hari itu cuaca panas dan angin terlalu kencang. Indah sungguh pemandangan di pulau ini dan siapa yang suka menyelam boleh berbuat demikian dengan kemudahan sendiri.
DALAM BOT NELAYAN DIWAKTU PAGI
DI ATAS TERUMBU SEMASA MATAHARI MULA TERBENAM.
Kenangan di Acheh adalah lebih dari apa yang dilihat digambar dan apa yang dapat saya catatkan. Banyak lagi peristiwa yang menyayat hati yang diceritakan oleh mereka yang selamat dari tsunami. Semoga Allah mengampuni mereka yang telah pergi dan semoga kita semua menginsafi peristiwa ini, dan mohon Allah meningkatkan keimana kita dan kita semua menjadi lebih komited untuk mengabdikan diri pada Allah dengan cara yang diredhaiNya.
Amin.
No comments:
Post a Comment