Erti pertolongan pula harus difahami dengan sebaik-baiknya. Kadangkala apabila kita menolong orang, hidup kita tidak terjejas. Tetapi pada sesetengah orang hidupnya akan terjejas. Tetapi oleh kerana ia berpegang pada prinsip orang muslim mukmin akan sentiasa mendahulukan saudaranya, maka apabila ia memberi dan menolong ia akan tetap bersabar dengan kesan sampingan yang kena pada dirinya. Dalam sejarah banyak diceritakan bagaiman orang yang beriman menolong saudaranya walaupun mereka sama-sama dhaif. Menolong jenis jenis ini adalah lebih berharga di sisi Allah. Kerana dia tidak bersifat berkira. Nasihat Ustaz : "jangan lah kita berkira dengan orang yang berkeperluan kerana itu bererti kita berkira dengan Allah."
Lihat alQuran surah al Baqarah ayat 245 yang bermaksud :
" Siapakah orang yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya. Dan (ingatlah) Allah jualah yang yang menyempitkan dan yang meluaskan (pemberian rezki) dan kepadanya kamu semua di kembalikan."
Usaz kata di sini Allah bercerita berkenaan menginfakkan harta atau memberi pertolongan pada orang. Allah menggunakan perkatan 'pinjamkan' walhal pada hakikatnya semua harta rezki adalah kepunyaan Allah jua. Seharusnya kita malu denagan Allah jika kita tidak bersifat bermurah hati. Janganlah kita bersifat suka berkira. Lihatlah betapa Allah menggunakan perkataan yang amat 'lembut' supaya kita 'dapat memujuk' diri kita untuk sentiasa peka dengan keperluan orang lain.
Orang lain di sini termasuk ahli keluarga jauh dan dekat. Allahyarham bapa mertua saya tidak bersifat berkira dan dia memberi contoh pada anak-anaknya. Alhamdulillah saya perhatikan mereka juga tidak berkira. Saya pun berdoa semoga saya juga bersifat demikian dan anak-anak saya pun demikian. Dan sekarang saya doa juga semoga anak-anak menantu juga demikian. Sifat tidak berkira amat mulia terutamanya jika kita tidak berkira dengan orang yang tiada pertalian darah denagan kita sama sekali.
Ustaz mengingakan lagi : "Berilah sebanyak yang mungkin dengan seikhlas-ikhlanya. Allah gandakan ganjarannya, malahan berganda-ganda seperti disebut dalam ayat di atas tadi. Yang kita beri pada orang itulah kepunyaan kita, yang kita ada tetapi tidak kita beri pertolongan pada orang lain, belum tentu itu hak kita."
WaAllahua'lam.
No comments:
Post a Comment