"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, January 9, 2010

SEBUAH PENANTIAN



Sebuah Penantian....

Malam ini aku diingatkan lagi
Peringatan ini perlu disebut berkali-kali
Supaya tidak lalai, supaya peka derap perjalanan ini sentiasa diawasi


Malam ini aku terus menerus diberi gambaran
Peristiwa sebuah penantian yang pasti dilalui setiap insan
Jangan ada yang rasa seperti masih samar hakikat kebenaran
Lantas masih melupai dan masih bertekad ini tentunya kata-kata mainan
Yang mahu menyekat keseronokan hidup yang penuh kemewahan.

Wahai teman....
Penantian ini bukan penantian sembarangan
Bukan kerana dengki maka dikatakan akan tiba detik penantian
Detik ini mungkin akan mendebarkan jantung siang dan malam
Mungkin akan menggoncang seluruh akal fikiran
Membanting jasad bagaimana dahsyat tidak terbayang.

Inilah detik Penantian di alam Barzah wahai teman,....
Alam pemisah anatara dunia nyata yang wujud berzaman
Dengan akhirat yang permulaannya Allah belum maklumkan

Di alam ini peluang beramal sudah tiada
Kerana amal perlukan jasad yang bertenaga
Bila Ruh Allah ambil, jasad kaku, reput berderai tiada gunanya
Yang wujud hanya jiwa yang menunggu habuannya.

Ingat, wahai teman....
Perjalanan ke detik penantian ini bukan untuk yang tua sendirian
Yang muda, yang belia semuanya ada temu janji yang ditentukan
Tiada pilihan menunggu giliran mengikut kedewasaan
Kerana janji telah kita ikat, amalan pasti diselaraskan,
Semoga kita tiada sesalan.


Di alam Barzah Allah tunjuk sebahagian ganjaran
Kerana amalan belum dihisab menuggu Saat Penghabisan.
Bagi mereka yang hidup mentauhidkan Tuhan
Sentiasa bertaubat, beramal soleh dan harta dijariahkan
Kediamannya selesa, penuh nikmat sebuah penantian

Bagi yang engkar, yang angkuh dan mensyirikan,
Allah juga tunjukan
Sebahagian balasan untuk jiwa yang kini menyesal tanpa sempadan
Menuggu kesudahan sebuah Penantian penuh gelisah ketakutan
Mengharap belas kasihan, tiada yang dapat memberi layanan.

Wahai teman,
Mari bersama kita hijrah haluan perjalanan
Kita taubat dan kita ingat pada pesanan
Bila menuju Alam Barzah hanya tiga yang berkekalan.

Sedekah jariah walau sedikit kita ikhlaskan,
Ilmu yang munafaat sunguh-sunguh kita kongsikan
Anak-anak kita bimbing, kita tarbiah semoga soleh tiada bandingan
Doa mereka mengankat mertabat di sisi Allah kita harapkan.

Ya Allah, Ya Rahman....
Kasihanilah kami, ampunilah kami dan terimalah kami walaupun tiada kesempurnaan
Hanya taubat nasuha yang dapat kami tunjukan
Jiwa dan jasad yang kerdil ini tidak mampu menerima seksaan
Tidak mampu menangong malu dan menanggong kerugian.

Ya Allah Ya Rabbi,
Berilah kekuatan padaku melawan nafsu menginsafi diri,
Menegakan kebenaran dan menjadi mukmin yang sejati
Dosa ku Engkau ampun,  kesalahan ku tiadalah lagi
Dan mati ku Engkau kumpul bersama orang yang berbakti.

Ya Hayyu, Ya Qayyum
Tidak lagi kami mahu menzalimi diri
Tidak lagi kami mahu menyombong mengengkari sesuka hati
Melutut sujud memohon ampun dan Rahmat mu kami pinta kini
Semoga di Desa Penantian Alam Barzah kami damai menanti,
Habuan dari Mu taman-taman Syurga yang tertinggi.








Allahuma Amin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails