"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, January 29, 2010

THE GRASS IS GREENER..........



Sifat manusia biasanya  sering keliru dengan tujuan hidupnya. Kita selalu merasakan apa yang orang lain ada itu lebih baik daripada apa yang kita ada. Pepatah Inggeris mengatakan "The grass is greener on the other side of the hill".

Beberapa hari yang lalu saya terbaca dalam satu blog mengenai pengalaman hidup seorang ibu muda yang rasa agak ketinggalan dalam arus kehidupan serba canggih dan ceria yang dilalui oleh  teman-teman yang dahulunya belajar sekali di kolej atau di university yang sekarang ini belum berumah tangga. Mereka nampak seperti sentiasa ada program yang membuat hidup ini tidak bosan. Ibu muda ini semacam rasa iri hati melihat sesetengah kawan dapat mengembara ke sana sini, dapat "lepak" dan bercerita-cerita, dan lain-lain lagi, walhal dia terpaksa layan suami dan anak-anak. Berkahwin muda adalah pilihannya  sendiri. Ibu muda ini menyedari hakikat itu dan diakhir penulisannya ia berkata  bahawa biarlah teman-teman lama dengan cara hidupnya dan dia akan terus dengan cara hidup yang dipilihnya.


Hari ini saya bertemu  dengan seorang ibu muda yang dalam situasi yang agak sama, iaitu ia berkahwin sejurus selepas tamat pengajian peringkat ijazah. Dalam kemesrean bersembang ia menceritakan rasa hati yang agak keliru dengan hasil keputusanya untuk berumah tangga awal dalam umurnya 23 tahun. Kini telah mempunyai 2 orang anak dan rasa semacam "kerugian" kerana  tidak terlebih dahulu hidup bebas tanpa tanggong jawab mengurus suami dan anak-anak sepenuh masa. Sebagai seorang suri rumah yang belum pernah ada pengalaman berkerja,   ia rasa seperti "keseorangan" di rumah tanpa dapat bergaul dengan kawan dan suami pula  selalu pulang lewat ke rumah. Ibu muda ini sering rasa terpinggir dalam arus kehidupan, rasa kesunyian dan rasa agak tidak tenteram.

Ibu muda ini mengatakan dia rasa seperti "ketagih" untuk bersembang secara "intelectual" dan dapat mengeluarkan buah fikiran secara ilmiah. Keseronokan  menjaga anak-anak kecil dan dapat bercinta dan memadu kasih dengan suami tidak dapat menenggelamkan "gian" rasa mahu berkawan seperti dahulu.

Saya agak tergamam untuk memberi buah fikiran apa yang sepatutnya dilakukan untuk tidak jadi tertekan jiwanya atau 'stressful' dan menjadi murong.Saya rasa apa yang diluahkan kepada saya hanya sebahagian dari masaalahnya.  Mengapa cinta tidak dapat mengatasi segala-galanya.

  •  Dalam hidup ini kita harus tahu bahawa tujuan utama ialah mengabdikan diri pada Allah. Pengabdian boleh mengikut berbagai cara. Boleh melalui pengurusan rumah tangga yang aman damai dari umur muda dan boleh juga melalui kerjaya yang meberi kepuasan  intelek.
  • Janganlah kita merasakan bahawa berumah tangga awal itu merugikan potensi untuk membina intelek dan janganlah pula bila kita sibuk dengan kerjaya maka kita tidak ada peluang menikmati fitrah manusia mahu kasih mengasihi antara dara dan teruna. Kasih seperti ini Allah kurnia mengikut kehendakNya asalkan sahaja kita tidak berbuat sesuatu yang menyalahi syarie.
  • Jika kita ibu muda dan rasa  perlu untuk berinteraksi dengan sahabat handai dan masyarakat untuk perkembangan minda, maka kita boleh buat aktiviti yang berbagai melalui dunia cyber atau secara nyata seperti mengadakan pertemuan untuk silaturrahim dan bercerita-bual dari masa kemasa. Tetapi-hati juga supaya tidak berbual kosong kerana ini jadi pertemuan yang lagha yang dilarang dalam Islam. Di hujung pertemuan harus ada sesuatu yang boleh dikongsikan atau dipelajari dari segi ilmu, waimma ilmu masak sambal tumis contohnya.

  • Kalau masa tidak mengizinkan untuk itu atau atas sebab-sebab lain aktiviti ini tidak sesuai, maka kita boleh berbuat sesuatu yang dapat menghibur diri sendiri. Bila ke taman membawa anak-anak bermain contohnya,  kita boleh menegur siapa dengan cara yang  terbaik dan mendapat kenalan yang kita boleh bersembang bertukar-tukar fikiran mengenai anak atau mengenai apa jua yang sewajarnya. Dengan cara ini kita dapat melapangkan minda dan akan rasa segar semula kerana dapat berinteraksi melegakan fikiran.

Itulah sedikit pandangan yang dapat saya catatkan untuk dikongsikan. Saya tidak berkahwin ketika umur muda maka catatan saya hanya saya sandarkan dari pengalaman-pengalaman mengenai fenomena hidup dan kehidupan yang lainnya. Kadangkala masaalah kita adalah kerana kita mahu "persamaan". Kita takut untuk memikul "perbezaan". Fenomena ini pada pandangan saya sama sahaja dalam apa jua masaalah yang kita hadapi. Pokoknya kita tidak boleh berfikiran bersendirian. Kita boleh bercerita pada teman rapat tetapi yakinlah bahawa teman tersebut hanya boleh memberi buah fikiran. Berceritalah pada Allah. Pasti ada pertolongan dengan syarat kita telah mematuhi segala perintahnya dan cuba sedaya upaya meninggalkan larangannya. Bertaubat adalah utama, walaupun umur kita muda. Tambahkan ilmu dan mencari jalan untuk mengenali Allah dengan sebenar-benarnya. Semoga dengan ini kita akan dapat menggunakan mata hati untuk memahami apa jua masaalah yang kita hadapi dan dapat mengimbangi perasaan.
 

Wallahua'lam. Kerana saya juga bukan manusia yang sempurna.

2 comments:

puanseri said...

saya termasuk golongan ibu muda ini. malah hidup bekerjaya sementara membuatkan lebih susah menyesuaikan hidup sebagai suri rumah sepenuh masa setelah ada cahayamata. Namun sepanjang hampir 4 tahun dengan "kerjaya baru" saya bersyukur kerana tidak semua wanita sekarg berpeluang menumpukan sepenuh masa pada keluarga. sangat penting kepada wanita itu belajar mengurus masa, menyesuaikan diri dan sokongan dari suami dan org2 terdekat. sehingga kini, saya tidak penah rasa menyesal mejadi "suri" malah Allah beri saya peluang melakukan banyak perkara yang saya tidak punya masa sebelum ini. malah setiap hari ada sahaja perkara baru yg hendak dilakukan bermain di fikiran.Alhamdulillah.

ngasobahseliman said...

Salam, Dear Puanseri. Thank you for your comment. I will I will inform this other ibu muda of your experience and convictions.

Related Posts with Thumbnails