Beliau menceritakan bagaimana beliau sentiasa menceritakan pada anak-anak perihal perjuangan ayah mereka. Mereka diasuh seolah-olah si ayah masih ada bersama setiap hari. Anak-anaknya nampak ceria dan bersemangat. Mereka mempersembahkan sebuah nasyid mengenai perjuangan membebaskan Palastine, dan idola mereka dalam konteks ini ialah Sallahuddin Al Ayubi. Saya berdoa semoga anak-anak di Malaysia ini dan anak-anak Islam di mana jua akan mempunyai semangat Sallahuddin. Masaalah keamanan dunia tidak akan selesai selagi Palastine tidak bebas dan berdaulat.Fatwa membantu Palastine adalah wajib mengikut Sheikh Al Qardhawi.
Mari sama-sama kita membantu. Hubungi mana-mana NGO di Malaysia untuk maklumat lanjut. Semoga usaha yang sedikit ini Allah terima sebagai amal soleh dan kita digolongkan bersama-sama para syuhada' bila sampai masanya nanti.
Amin.
No comments:
Post a Comment