"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, May 8, 2010

JANTUNG KU




Sakit jantung bukan suatu yang menarik perhatian jika kita tidak pernah merasai  ada sesuatu yang tidak kena dengan jantung kita. Begitu halnya dengan "jantung ku". Sudah dua kali saya masuk hospital kerana masaalah jantung tetapi kalau kita cerita pada sesiapa secara selamba maka saya perhatikan ia seolah-olah bukan suatu yang perlu perhatian lanjut. Lainlah kalau kita bercerita mengenai sakit kanser atau sakit yang seperti dengannya. Saya pun begitu satu ketika dahulu.

Dua minggu dulu saya buat CT Scan mengenai otak dan jantung saya tetapi di beri tahu oleh Radiologist bahawa cara ini tidak  sesuai dengan keadaan saya kerana dalam sistem saya sudah banyak Calcium Plaque. Sebenarnya saya tidak faham kesemua yang diperkatakan pada saya. Tetapi tidak tahu bagaimana mahu bertanya selanjutnya. Apabila hal itu dilaporkan pada Dr Cardiologist yang mengurus saya, beliau memberitahu saya bahawa saya perlu melalui Ingiogram untuk mengetahui apa sebab saya selalu merasai sakit dada.

Maka pada 6 Mei saya masuk ke hospital untuk menjalani proses ini. Proses bermula lebih kurang jam 9.30 pagi. Setelah pendaftaran saya diarah membuat ECG. Kemudian saya menunggu sterusnya. Pada hari itu saya seharusnya didaftar untuk masuk wad. Tetapi oleh kerana tiada katil yang kosong maka saya pulang ke rumah setelah menunggu hingga jam 5 petang. Sebelum pulang ada seorang Doktor yang bertanyakan hal keadaan diri saya dan ubat-ubatan yang sedang saya  ambil. Itu sahaja dan sepanjang hari saya hanya menunggu, keletihan.

Keesukan harinya saya datang untuk proses seterusnya. Pada jam 8 pagi saya sudah berada di hospital kerana katanya saya akan dapat duduk di wad. Untuk memendekan cerita, tidak ada katil yang kosong hinggalah proses ingiogram itu di buat atas diri saya. Saya dan seorang lagi pesakit duduk di bilik mesyuarat doktor. Ada seperti kursi malas dan kami duduk di situ. Itulah "katil" kami. Kami duduk di situ sebelum dan sudah dibuat indiogram. Kami disuruh pulang jam 6 petang.  Oleh kerana kami pesakit maka tidak banyak usaha yang dapat kami lakukan untuk duduk lebih selesa.. Saya juga mendapat tahu bahawa  masaalah kurang katil untuk pesakit adalah perkara biasa di hospital ini.

Persoalan yang saya ingin kongsikan di sini  ialah mengapa agaknya kita sebuah negara yang kaya dengan hasil mahsolnya masih menghadapi masaalah seperti ini. Pesakit juga terpakasa menunggu lama dari satu proses kesatu proses kerana katanya kita amat kekurangan doktor dan juga dewan bedah. Saya agak kurang faham tentang fenomena ini. Maka saya pun teringat kisah-kisah negara miskin  yang  selalu beperang di mana  bilangan hospital  tidak mencukupi dan demikian juga dengan semua jenis kemudahan peralatan dan perubatan. Ada juga saya rasa insaf dicelah-celah masa yang panjang menunggu giliran. Sekurang-kurangnya saya tidak duduk dilantai. Saya amat mengharapkan ada pihak yang prihatin untuk melihat masaalah ini. Kita tidak dapat merasai masaalah ini, melainkan kita sendiri yang sakit. Tetapi biasanya pihak yang berkuasa membuat dasar mengenai hal ini tidak duduk di atas kerusi seperti saya bila mereka sakit. Mereka boleh mendapat kemudahan yang terbaik dan ada kalanya mereka di rawat di negara-negara maju pilihan mereka. Jika begini sentiasa, maka lambatlah peluang orang seperti saya mendapat perkhidmatan yang memuaskan.

Namun saya bersyukur atas limapah kurniaNya."Jantung Ku" tidak ada masaalah besar. Saya akan terus dipantau dari masa kemasa. InsyaAllah saya akan terus "mengejar masa" dan memunafaatkan kesihatan dan umur yang baki sedikit ini untuk diri saya dan kebajikan orang lain. Saya akan cuba melaksana perintah Allah supaya menjaga pertalian dengan Allah dan menjaga  pertalian sesama manusia. Justeru saya berdoa semoga Allah akan sentiasa menolong. Bulan depan dengan izinNya, saya dan kawan akan ke Sri Langka untuk membantu gadis-gadis Islam disana yang miskin dan terpinggir dan dipinggirkan. Kami akan membawa jurulatih kraftangan untuk memberi peluang dan ruang kepada mereka  mempelajari kraf yang berkaitan dengan manik dan batu permata. Sri langka memang kaya dengan batu-batu permata. Semoga orang-orang Islam di sana dapat munafaatnya.
Itulah antara  hasrat "Jantung Ku" dan semoga Allah memberkati usaha yang kecil ini. Amin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails