Hati masih rungsing bila teringat perihal seorang kawan seangkatan yang masih belum dapat benar-benar melihat betapa jauh ketertinggalan kita dalam perjalanan menuju Allah. Itu yang dapat dilihat dari zahirnya. Dua minggu dulu ia datang bersama seorang teman lain ke rumah kerana bertanya khabar selepas saya menjalani ingiogram. Saya katakan Jantung saya sihat, alhamdulilah, dan sakit dada yang sering saya rasai mungkin kerana sebab lain. Untuk beberapa ketika kami bercerita mengenai kesihatan masing-masing. Maka saya mengambil peluang untuk mengatakan bahawa walau sihat sekalipun, maut pasti akan datang.
Teman saya ini seperti masih belum bersungguh-sungguh untuk mengikuti kelas-kelas pengajian yang berkaitan dengan mengenal Allah dan apa jua yang sehubungan denganNya. Ia belum merasakan perlunya kesegeraan dalam hal ini seolah-olah belum merasa cemas dengan hakikat bahawa kita sudah masuk dalam zon "mengajar umur". Saya katakan kepadanya bahawa ini amat perlu supaya kita dapat meyempurnakan apa yang belum sempurna.Kita harus mengejar ketertinggalan kita.
Sebenarnya apa yang saya katakan pada teman saya ini adalah peringatan pada diri saya sendiri. Saya menyedari bahawa kita tidak sewajarnya merasa cukup dengan apa jua persiapan yang kita lakukan. Kita harus berasa takut mengenai tibanya hari pembalasan yang tidak akan ada siapa yang dapat menolong kita. Saya sendiri selalu diingatkan supaya memohon ampun dan bertaubat berterusan dengan kesungguhan. Saya mengatakan pada teman saya bahawa kita sudah tidak ada banyak masa untuk bersantai dan berbual-bual kosong. Setiap masa dan peluang yang ada harus dijuruskan kepada melaksana amalan-amalan yang boleh dibawa sebagai bekalan. Itu pun usaha semata-mata. Kita tidak boleh yakin usaha kita itulah yang akan dapat menjamin diri dihadapan Rabbul Jalil. Rahmat Allah sentiasa kita pohon dan amalan mengingat Allah harus dilakukan siang dan malam dengan penuh tulus ikhlas.Itulah pesanan ustaz saya.
Semoga Allah melimpahkan Taufik dan HidayahNya dan belas kasihanNya kepada kita. Semoga Allah memberi keampunan kerana ketertinggalan ini sukar dikejar. Hanya Rahmatnya sahaja yang dapat menyelamatkan. Ya Allah tolonglah kami.

No comments:
Post a Comment