Malam ini saya mengingat kembali lawatan saya ke Cina pada bulan Mac yang lalu. Cuaca masih sejuk ketika itu dan salji masih turun. Apa yang saya terkenang-kenang bukan keindahan alam di daerah luar Beijing, tetapi saya masih teringat-ingat negara yang sehebat ini tidak terpaku dihati pemimpinannya untuk mengakui kebesaran Allah. Benar kata AlQuran, Allah memberi petunjuk pada sesiapa yang dikehendakkiNya. Tiada paksaan dalam memilih Islam. Namun Allah memberi kita akal fikiran dan wahyu Allah di alam semesta seharusnya membuka minda kita untuk bertanyakan siapakah penciptanya.
Lihat gambar diatas. Ia ciptaan manusia, satu ukiran seni yang menunjukan kehalusan jiwa seni bangsa Cina. Saiz kraf seni ini amat besar seperti tertara di bawah ini. Ia lebih besar dari saya dan suami.
Saya insaf akan kekerdilan akal manusia. Mencari dan membina yang cantik tanpa menyedari ia tidak berkekalan. Saya insaf kerana sifat manusia biasanya berfikaran kecil dan cetek tanpa merasai kekurangan dan kelemahan yang ada. Kita merasakan kehebatan diri tanpa membandingkan nya dengan kehebatan Allah di sekeliling kita. Maka negara Cina hebat dengan tamadunnya dan hebat dengan kuasa politiknya dimata dunia. Ia ditakuti dan disegani oleh Amerika, walaupun Amerika tidak mengatakannya secara terbuka.
Dicelah-celah kehebatan ini saya dikejutkan oleh pemandu pelancung kami yang mengatakan dia sebenarnya seorang Muslim. Beliau fasih berbahasa Indonesia dan mempelajarinya diperingkat University. Ini gambarnya. Disepanjang lawatan kami berbual antara kami mengenai peninggalan Islam bila kami melawat dan solat di Masjid -masjid yang kami dibawa untuk bersolat. Maka tidak hairanlah kami mengapa ia akan melihat kami bercerita-cerita pasal Islam. Katanya dia mula-mula malu untuk mengaku dirinya Islam kerana dia tidak tahu bersolat. Ibu bapanya juga Islam dan dia dan isteri pun Islam. Tetapi setakat ini hanya Islam pada nama dan keturunan. Walaubagaimana pun dalam hati kecilnya saya dapat merasakan ruh Islam masih ada tersisip di dalamnya. Sebab itu dia mengaku dia Muslim.
Tiba-tiba saya merasa bersalah kerana tidak ada usaha saya untuk mengembangkan Islam ke Cina. Rasa bersalah ini makin bertambah kerana di Malaysia pun saya semacam tiada usaha langsung untuk menerangkan Islam pada jiran-jiran saya. Saya berkata pada suami saya bahawa banyak lagi tanggongjawab kita yang belum selesai dan masa yang Allah beri tinggal hanya sedikit sahaja lagi.
Nama pemandu pelancung kami ini ialah Cin Cin. Dia mengatakan di Beijing amat kurang tempat untuk belajar mengenai Islam. Dalam perjalanan kami dia ada menunjukan sebuah sekolah rendah Islam tetapi tidak ada peluang untuk berhenti dan melihatnya. Doa saya semoga saya Allah beri kesempatan dan peluang untuk berbuat sesuatu. Sebelum kami pulang ke Malysia kami tinggalkan apa jua buku dan Risalah yang kita bawa untuk Cin Cin. Kami katakan padanya untuk datang ke Malysia dan semasa di Malaysia selama lawatannya akan kami tanggong percuma. Semoga Allah merealisasikan ini dan dapatlah kami memberinya nanti kitab-kitab bahasa Indonesia yang boleh membantunya.
Sementara itu saya bertekad untuk seberapa upaya menjadi sebahagian dari mereka yang sibuk berdakwah di negara sendiri. Maka saya ikut seorang kawan pergi ke Kota Bahru untuk melaksana projek "Finishing School" yang kami mula rangka dan laksana berperingkat-peringkat. Kami ke AlManar untuk banaat. Ia adalah sebahagian dari Maahad Tahfiz al Quran dan lain-lain pengajian termasuk sebjek akademik. Rupa-rupanya di situ ada pelaja dari negara Cina, Philippines dan Thailand. Saya amat teruja dan kami akan kesana sekali lagi pada bulan Jun untuk terus membantu membina generasi pelapis agar mereka pintar dan soleh. Semoga Allah menurunkan bantuan dan memberkati dan meredhai usaha yang kerdil ini. Amin.
No comments:
Post a Comment