Udara Bukit Tinggi di Indonesia tidak sedingin seperti yang diceritakan oleh teman-teman yang pernah ke sana. Namun, alhamdulilah, ia nyaman dan memberi ketenangan.Ia dingin sedikit dari Kuala Lumpur. Lawatan empat hari ke Padang dan Bukit Tinggi seminggu dulu membawa perbezaan rasa.Ia sedikit sebanyak membuka minda saya mengenai kaitan budaya di sana dan di sini, iaitu Malaysia.
Kami diberi maklumat secara rasmi dari pusat penerangan yang beroperasi dari bangunan yang ada dalam gambar ini. Ukiran-ukiran bangunan amat cantik dan ia membawa makna yang khusus dalam budaya masyarakat ketika itu. Bangunan ini bukan hanya cantik tetapi "berteknologi tinggi" kerana ia dibina dengan cara sedemikian dan ia boleh bertahan jika ada gempa bumi yang sederhana kuatnya. Di dalam bangunan ini tersimpan beberapa manuskrip dan buku-buku lama yang mengandungi maklumat sejarah dan kebudayaan masyarakat setempat. Saya tidak bertanya banyak dalam sessi soal jawab semasa taklimat kerana pengetahuan saya amat ketinggalan dalam hal-hal kebudayaan manusia di sana sini dan tidak tahu hendak bertanyakan mengenai apa. Saya lebih banyak mendengar sahaja.
Kami diberi penerangan juga tentang adat istiadat perkahwinan dan gambar di atas adalah tiga orang pelancung seperti saya yang ingin merakam sejarah lawatan dengan memakai pakaian tradisional. Saya hanya menyibukan diri mengambil kesempatan merakam gambar semata-mata untuk kenangan. Walaubagaimana pun saya agak tertarik kepada kehebatan seni ukir yang diwarisi zaman berzaman. Tetapi dicelah-celah sessi penerangan dan rasa kagum itu saya terfikir-fikir tentang apakah impak kecantikan seni ini dalam hidup dan kehidupan tamadun manusia kini. Fikiran ini membuat saya agak keliru tetapi saya diam bersendirian. Saya tidak mahu memberi komen yang boleh menyinggung perasaan tuan rumah. Oleh itu apabila kami dibawa melawat Istana Pagaruyung, saya ikut sahaja tanpa banyak soal.
Dalam kemelut politik dunia dan kemelut politik di Malaysia, terutamanya yang menyentuh secara langsung tentang kewibawaan Umat Islam, saya semacam mendapati hal-hal seni seperti ini tidak menjadi penting. Ia hanya ada nilai ekonomi yang berkaitan dengan pelancungan. Rasanya itu sahaja. Mungkin pendapat ini silap, tetapi saya ingin mencari apa yang menyebabkan tamadun manusia di rantau ini belum boleh membela kehebatan Islam. Dengan erti lain, saya melihat warisan Minangkabau meninggalkan legacy Budi yang halus tetapi ia masih belum dapat meyakinkan saya bahawa legacy ini dapat wujud selari dengan dan dapat menghadapi cabaran politik semasa, terutamanya apabila berkait dengan Islam. Dalam konteks ini saya tidak mengatakan Malaysia adalah lebih baik dari Indonesia. Tajuk ini adalah untuk perbincangan lanjut dalam forum yang berasingan. Pendapat saya ini hanyalah merupakan muhasabah diri semata-mata.
Selain dari ukiran-ukiran, Padang / Bukit Tinggi adalah terkenal juga dengan kerja-kerja seni sulaman kain yang di jadikan, pakaian solat (telekung), pakaian baju-baju wanita dan pria, hiasan runah dan sebagainya. Seni sulaman menjadi sumber penting ekonomi dari daerah ini bagi Indonesia. Yang ini saya jelas nampak akan impaknya pada taraf kehidupan rakyat. Dan jika ia dapat disesuaikan dengan kehendak dan batasan-batasabn seni dalam Islam saya berpendapat ia akan lebih bermakna. Saya katakan demikian kerana ada sulaman-sulaman dibuat di atas kain yang lembut dan jarang yang menampakkan aurat. Kesesuaiannya memerlukan budibicara yang berlandaskan ilmu yang Hak. Seni bukan untuk seni semata-mata tetapi seni adalah untuk menegakan kebenaran.
Ini sahaja kemampuan saya untuk berkongsi pengalaman. Mohon maaf dan mohon teguran dari pembaca tentang apa jua yang kurang benar atau kurang tepat. Perjalanan dan lawatan empat hari tidak mungkin dapat menyelami segala-galanya. Kita renongkan bersama dan semoga Allah memberi Taufik dan Hidayah Nya supaya kita sentiasa dijalan yang lurus.

Gambar-gambar di atas adalah sebahagian dari ukiran-ukiran Istana Pagaruyung yang sedang dibaik -pulih kerana hampir seluruh bangunan dijilat api dua tahun yang lalu.
Selain dari ukiran-ukiran, Padang / Bukit Tinggi adalah terkenal juga dengan kerja-kerja seni sulaman kain yang di jadikan, pakaian solat (telekung), pakaian baju-baju wanita dan pria, hiasan runah dan sebagainya. Seni sulaman menjadi sumber penting ekonomi dari daerah ini bagi Indonesia. Yang ini saya jelas nampak akan impaknya pada taraf kehidupan rakyat. Dan jika ia dapat disesuaikan dengan kehendak dan batasan-batasabn seni dalam Islam saya berpendapat ia akan lebih bermakna. Saya katakan demikian kerana ada sulaman-sulaman dibuat di atas kain yang lembut dan jarang yang menampakkan aurat. Kesesuaiannya memerlukan budibicara yang berlandaskan ilmu yang Hak. Seni bukan untuk seni semata-mata tetapi seni adalah untuk menegakan kebenaran.
Ini sahaja kemampuan saya untuk berkongsi pengalaman. Mohon maaf dan mohon teguran dari pembaca tentang apa jua yang kurang benar atau kurang tepat. Perjalanan dan lawatan empat hari tidak mungkin dapat menyelami segala-galanya. Kita renongkan bersama dan semoga Allah memberi Taufik dan Hidayah Nya supaya kita sentiasa dijalan yang lurus.
No comments:
Post a Comment