Dalam satu kelas pengajian, Ustaz memberi ingatan betapa pentingnya kita menghormati dan melayani ibu bapa kita tidak kira ibu bapa masih muda, sudah tua atau pun ibu bapa kita itu tidak seagama dengan kita, iaitu bukan Islam.(Jika bukan Islam ada batasan-batasan tertentu). Rasulullah bersabda yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud : "Rugi, rugi, rugi bagi sesaorang itu yang mendapati orang tuanya lanjut usia, tetapi ia tidak masuk syurga."
Amat bertuah bagi mereka yang ada ibu bapa yang telah tua dan ia berpeluang menjaga dan menyayanginya. Inilah peluang terbesar untuk masuk syurga. (Ini tidak bererti kalau belum tua anak tidak perlu berbakti). Allah berfirman dalam AlQuran :
"Dan Tuhan mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapa kamu dengan sebaik-baiknya.Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai berumurlanjut dalam pemeliharaan mu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya 'ouf' dan jangan kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkatan yang mulia." Surah Al Isra' Ayat 23
" Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, 'Wahai Tuhan ku, kasihilah mereka mereka berdua yang telah mendidik aku sewaktu aku kecil'.Surah Al Isra' Ayat 24.
'Ouf' ditafsirkan oleh Ustaz sebagai apa jua perkatan atau perbuatan (body language) yang memberi maksud aku benci, penat, rasa terganggu, kecewa, bosan dan sebagainya. Kalau mulut manis tetapi hati tidak ikhlas itu juga dikira sebagai menzahirkan 'ouf'.
Kemudian, jangalah kita membentak, mengherdik, menjerit-jerit atau apa jua perkataan yang membuat ibu bapa rasa tersingkir.Usatz saya menggunakan perkataan "jangan mengetong-sampahkan ibu bapa kita." Ia bernaksud jangan kita cuba mencari jalan supaya mereka jauh dari kita kerana kalau mereka dekat dan tinggal bersama kita, kita akan rasa tergugat kebebasan, menggangu dan menyebabkan rumah jadi tidak terhias, berselerak, bau yang tidak menselesakan, kerja bertambah dan lain-lain lagi. Jika kita rasa demikian dan dengan itu kita hantar mereka ke rumah kebajikan atau rumah orang tua-tua atau di mana jua (walau mewah sekalipun rumah itu) ini dikira sebagai kita "membuang sampah". Kerana jika mereka tiada, kita merasa lega dan aman. Jika kita menjaga ibu bapa kita secara giliran pula, ini juga boleh ditafsir sebagai "membuang sampah" juga jika ibu bapa rasa tidak seronok dengan konsep "semua anak ambil gigliran". Kita seharusnya berebut-rebut mahu menjaga ibu bapa kerana itulah peluang terbaik untuk masyuk syurga. Tetapi kalau ibu bapa redha dijaga dan diurus secara giliran itu tidak mengapa. Tetapi kita sebagai anak-anak seharusnya tahu dan memahami rasa hati mereka.
Kemudian, dalam berkomunikasai hendaklah kita berlembut dan menggunakan perkataan yang membuat mereka rasa dihormati, disayangi dan dimuliakan. Janganlah samapai ibu bapa kita rasa serba salah, rasa kekok, rasa takut dan tidak selesa dihati tinggal bersama kita. Ada pula setengah anak-anak kurang berbual dan kurang bercakap dengan ibu bapa hinggakan mereka merasai mereka menjadi beban. Makan minum terjaga, kebersihan terjaga dan ada pembantu untuk merawat dan melayan. Tetapi kita tidak pernah bersembang dan bertanya-tanyakan keselesaan. Pasti mereka terasa hati, kata ustaz.
Kemudian, hendaklah kita merendahkan diri dengan ibu bapa kita. Walau kita BOSS sekalipun di pejabat, kita CEO di syarikat, kita MENTERI yang terhormat, ibu bapa mesti didahulukan.Tidak ada kompromi. Dalam konteks ini Ustaz menceritakan bahawa pada satu ketika, Rasulullah saw berada di majlis di mana ada urusan kemasyarakatan yang agak penting. Ia terpandang ibu susunya, Halimatul Saadiah duduk jauh di belakang. Ia mencari jalan untuk menghampiri ibu susunya ini walaupun dia tidak begitu rapat dari segi lainnya. Kemudian Baginda baring di atas pangkuanya, seperti anak-anak. Beliau mahu menunjukkan taraf ibu itru sangat tinggi. Inikan pula kalau ibu itu yang melahirkan kita. Sewajarnya kita menempatkannya lebih tinggi dan lebih mulia.
Kemudian hendaklah kita sentiasa mendoakannya seperti yang diajarkan oleh alQuran. Ibu bapa adalah wasilah antara Allah dengan kita. Dalam pada itu Ustaz mengingatkan bahawa ibu dan bapa mertua sama statusnya dengan ibu dan bapa kandung. Kita dituntut baerbakti sama rata.
Saya sudah tiada keduanya. Saya mohon Allah mengampunkan segala kelemahan dan kekurangan dalam menjaga mereka. Ustaz kata kita terus mendoakan mereka.Setiap waktu solat adalah sudah pasti. Setiap hari adalah hari ibu dan setiap hari adalah hari bapa, terutamanya apabila mereka berumur tua dan lanjut.Ustaz mengatakan jika kita benar-benar diitiraf anak yang soleh maka apa jua amalan soleh yang kita buat ibu bapa kita mendapat habuannya, dengan rahmat Allah semata-mata.
Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayahNYA, memudahkan urusan menjaga ibu bapa dan semoga kita tidak menjadi manusia yang kerugian. (Saya tujukan penulisan saya pada kali ini khusus untuk anak-anak saya dan anak-anak saudara saya. Gambar-gambar yang tertara ini adalah ibu/bapa mereka. Semoga mereka tidak kerugian.)
WaAllahu'alam.
WaAllahu'alam.
No comments:
Post a Comment