Hari Jumaat yang lepas saya menghadiri majlis Pelancaran Bulan Nakbah dan Perasmian Penajaan Anak-anak Yatim Palestin dengan kerjasama Takaful for achild Welafre yang dianjurkan oleh AQSA SYARIF BHD. di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Majlis itu sederhana dan ringkas tetapi membawa makna yang besar bagi rakyat Palestine. Adalah diharapkan ia juga menjadi pendorong pada rakyat Malaysia agar terus berjuang membela Palestine dan membebaskan Masjid Al Aqsa. Ia amat penting kerana dua perkara ini termaktub khusus dalam alQuran dan ia berkait terus dengan aqidah Islam. Dari situlah Allah mengangkat Junjungan Besar Nabi Muhamad saw dalam peristiwa Isar' dan Mi'raj. Di situlah Qiblat pertama umat Islam. Bukti mana lagi yang kita persoalkan bahawa isu Palestin adalah Isu Islam sejagat. Dia bukan isu orang-orang Arab sahaja. Tetapi kadang-kadang saya terkilan kerana ada negara Arab yang semacam tidak mahu Palestin bebas. Tidak sungguh-sungguh membantu.Kadang-kadang nampak seperti menghalang. Mungkin ini anggapan saya yang didasarkan atas pembacaan dimedia massa sahaja. Tetapi teman-teman saya yang ingin masuk ke Gaza untuk membantu, juga dihalang di di daerah sempadan. Semoga saudara negara Arab yang kaya raya itu akan benar-benar ikhlas membantu. Dan lantaran ini semoga musuh-musuh Islam tidak lagi berani menghina Islam dan orang-orang Islam.
Sehubungan ini marilah kita memahami peringatan dari Allah mengenai persaudaraan dalam Islam. :
"SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG MUKMIN ADALAH BERSAUDARA MAKA DAMAIKANLAH ANTARA KEDUA SAUDARAMU DAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH SUPAYA KAMU MENDAPAT RAHMAT." Surah Al Hujuraat Ayat 10Dalam text AlQuran Allah menggunakan perkataan "Ikhwatun" yang bermaksud "saudara sedarah sedaging". Perkataan ini digunakan khusus untuk menunjukan bahawa orang-orang beriman dituntut untuk bersatu padu dalam apa jua keadaan.
Pada hari itu Pertubuhan Mawaddah Malaysia mengambil kesempatan menyerahkan sejumlah wang pungutan Rakyat Malaysia untuk disampaikan kepada penduduk Gaza sebagai usaha membantu mangsa perang yang berlaku akhir tahun 2008. Dana tersebut (RM 212,000) disalurkan pada wakil Pertubuhan Islam Bandar Bait Lahia di Palestin untuk tujuan membatu program pendidikan Pra Sekolah. Dana tersebut dibuat melalui saluran ini kerana Pertubuhan Mawaddah tidak berupaya untuk pergi sendiri ke Gaza kerana halangan-halangan yang telah dimaklumi oleh ramai pihak.
Semoga usaha yang kecil ini menjadi besar dengan pertolongan Allah jua. Dan semoga semua orang Islam bersatu padu dan semoga rakyat Palestine mendapat munafaatnya dan Masjid Al Aqsa kembali bebas.
Amin.
No comments:
Post a Comment