"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, May 19, 2010

SPEAKERS CORNER @ MASJID




Beberapa bulan kebelakangan ini Masjid tempat saya tinggal, Masjid Kg. Tunku telah menubuhkan  "Speakers Corner" secara tidak rasmi. Ia bermula dengan Geng Roti Canai kaum suami besarapan pagi bersama-sama setelah solat subuh setiap hari mengikut kelapangan masing-masing. Kemudian ada seorang dua kaum isteri mengikutinya terutama bagi yang sudah bersara dari perkhidmatan tetap. Sekarang  ini seperti sudah rasmi terbentuknya "speakers corner" untuk ahli memberi buah fikiran atas berbagai topik semasa pada hari Rabu  setiap minggu. Sarapan pagi disediakan oleh sesiapa yang berkemampuan dan suka menginfakkan apa yang Allah kurnia padanya.

Antara tajuk yang telah muncul secara sepontan setakat ini adalah seperti berikur:
  •  Bagaimana cara mengimarahkan masjid.
  • Jangan melupakan perjuangan orang Islam di Palastine.
  • Bagaimana hendak menggalakan generasi muda ke masjid selain dari solat Jumaat.
  • Memilih penceramah
Pada hari Rabu yang lepas tajuk yang dilahirkan oleh seorang ahli ialah mengenai pemberian lesen perjudian. Banyak perkara kontroversi yang timbul. Yang penting ialah mengenai hala tuju atau wawasan orang di Malaysia mengenai hal akhlak dan hal Islam. Orang bukan Islam pun ramai yang tidak suka perjudian menjadi leluasa, kerana kemenangan satu pihak adalah kemusnahan bagi pihak yang lain. Judi yang baru- baru ini dikatakan telah diisytihar rasmi ialah perjudian bola sepak. Maka ramai berpendapat ini akan memusnahkan moral orang Malaysia tidak kira agama apa. Islam telah nyata pendiriannya. Dan kalau orang Islam yang melaksana keputusan ini maka ramai yang rasa amat kecewa. Maka secara berbisik ada yang bertanyakan perihal pemimpin negara yang termakan pujukan dari  mereka yang tidak bertanggong jawab.

Ada yang menyatakan kerisauan tentang hasil judi itu kemana perginya. Hasil pemungutan lesen oleh kerajaan amat mudah untuk dipantau. Tetapi hasil keuntungan pihak-pihak lain yang terlibat, bagaimana pula hendak memantaunya. Kami yang ada di "speakers corner" ini hanya geleng- geleng kepala, lambang rasa amat tidak puas hati. Sebenarnya banyak perkara yang ahli Kg. ini tidak menyukai dan tidak puas hati tentang perkara-perkara dan program yang dilaksana kerajaan yang meruntuhkan moral dan akhlak rakyat. Tetapi apakan daya...........

Tiba-tiba ada yang berkata "Jangan kita kata apakan daya." Pasti kita boleh berbuat sesuatu. Jawatankuasa Masjid boleh menghantar memorandum kepada pihak yang berkenaan untuk menyatakan pendapat dan menyatakan rasa tidak puas hati tentang hala tuju perlaksanaan Islam di Malaysia. Ini bukan sahaja mengenai judi tetapi lain-lain dasar dan program yang menyalahi Islam. Jangan kita khuatir apa tindakan kerajaan. Kita ikut apa yang diarah oleh alQuran. Semestinya ada diantara kita yang menyuruh kepada kebaikan dan melarang keburukan. Arahan ini berulang termaktubnya dalam alQuran, dan setiap kita akan dipersoalkan di hadapan Allah Rabbul Jalil nanti di Hari Pembalasan. Sekurang-kurangnya memorandum itu akan jadi bukti bahawa kita tidak sekongkol dengan mereka yang mengengkari perintah Allah swt.

Semoga semua kita mendapat Hidayah dan Pertolongan Allah swt jua. Semoga "Speakers Corner" di Masjid akan  berfungsi juga seperti kumpulan "Usrah" yang dapat mengeratkan silaturrahim dan dalam masa yang sama menghasilkan tindakan-tindakan positif yang akan membawa dan menaikan maqam Iman dan perjalanan menuju Allah akan dipermudahkan olehNya. Amin.
WaAllahu'alam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails