"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, July 30, 2010

AKIF...CUCUKU ISTIMEWA.



AKIF,

Malam tadi Embah rasa  sedih sebab lihat Akif seperti tiada yang mahu. Akif lahir di bumi Jepun dan kini umur 3 tahun. Semasa lahir Embah ke sana jaga ibu semoga Akif terjaga seperti abang Ujai yang Embah jaga dari lahir hingga umur 6 bulan. Akif pun rupa macam anak Jepun tetapi setakat ini Akif belum menampakan "kehebatan" seorang Jepun. Emabah tahu, takkan sama Melayu dengan Jepun.

Akif belum boleh bertutur seperti anak umur 3 tahun. Tetapi Embah tahu Akif belum sampai masa nak tunjuk Akif pun boleh. Tunggu tengok, insyaAllah Akif boleh. Embah doa Akif boleh. Sedikit masaalah sekarang sebab Akif belum banyak bertutur. Maka cara Akif minta perhatian lain dari yang lain. Akif dilihat agak kasar dan Akif tidak faham bahawa kadangkala tindakannya menyakiti dan menyusahkan orang lain. Embah selalu kata bahawa akif ini perlu perhatian khusus dan kita perlu bersabar untuk memahami bahawa dia adalah seperti anak lain, nak rasa dikasihi dan nak tunjuk dia sayang kat orang lain. Akif mahu berkomunikasi seperti anak-anak lain. Cuma 'sentuhannya' sedikit kasar kerana dia suka menggigit, membaling, menerkam,  menumbuk dan lain-lain seperti itu. Maka kita semualah yang perlu memahami perilaku Akif yang berlainan. "Pertuturan" cara "unik" itu kita harus tahu menterjemahkannya. Adalah kurang sesuai kita label Akif seperti kasar dan membahayakan orang lain. Dia perlu perhatian tambahan. Dengan perkataan lain seperti dia "menagih" sesuatu yang istimewa dari kita di sekelilingnya. Bukan apa, dia cuma menagih kasih sayang yang perlu kita lahirkan secara luar biasa.

Tak apalah Akif. Embah jaga Akif semampu mungkin.Kata setengah orang Akif Otistik. Tetapi ibu telah bawa ke doktor pakar dan disahkan Akif normal, tidak ada Otisma. Dia cuma lambat dalam "fine motor"nya sahaja. Akif perlu belaian intensif untuk meyakinkan kebolehannya adalah normal. Belaian yang intensif boleh mendorong daya upaya untuk menambah pertuturan. Tetapi ibu dan ayahnya terlalu sibuk. Embah dah kata beberapa kali Akif mungkin akan mencapai kemajuan bertutur jika ia dihantar ke nursery yang baik. Mungkin sentuhan kasih sayang anak-anak lain dan pengasuh di nursery akan memberi dorongan positif dan akan nampak perbezaan yang di cita-citakan. Embah berdoa ayah dan ibu akan berkorban lebih untuk Akif, wang ringgit dan apa jua yang diperlukan demi pembangunan diri Akif setaraf denagan anak-anak lain. AKIF KECIL CUMA SEKALI DAN SEKEJAP. Semoga ayah dan ibu akan faham hakikat ini dan tidak akan sambil lewa dalam melayani keperluan Akif.

Setiap kita Allah uji dengan berbagai ujian. Tetapi Allah anugerah kita dengan berbagai kemudahan dan kesenangan. Maka ingatlah ayat alQuran surah Ar Rahman:
MAKA NIKMAT ALLAH YANG MANA SATU YANG HENDAK KAMU DUSTAKAN.

No comments:

Related Posts with Thumbnails