"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, July 6, 2010

SAYANG PALESTINE 4 -- pejuang pelapis




Dengan limpah kurnia Rahmat Allah kita ada pejuang pelapis untuk membebaskan Palestine dan Masjid Al Aqsa. Alhamdulilah. Tetapi kita tidak akan tunggu hingga anak-anak ini membesar. Demi Al Aqsa, kita akan bekerja kuat untuk capai azam itu sekarang. Sudah lebih 60 tahun Israel merampas hak asasi orang-orang Palestine dan menggangu ketenteraman Masjid Al Aqsa. Kita tidak akan duduk diam.  (Hey Israel bedebah! Jangan ingat kami mengalah.Agaknya begitu kata Hang Jebat kalau dia masih hidup)

Lihat betapa khysyuk dua anak remaja ini mendengar
peristiwa serangan Israel.


Pada malam Isnin 5 Julai, di Masjid qariah Kg. Tunku, Petaling Jaya kita mendengar cerita sebenar pencerobohan regime Zionist Israel dari seorang saksi yang menyertai konvoy LL4G baru-baru ini, ia itu Hj. Nor Azman bin Hj. Shamsudin dari NGO Haluan. Saya insaf kerana saya tidak mendapat peluang berjuang seperti mereka di kapal  Mavi Marmara baru-baru ini yang cuba membawa masuk barang-barang peri kemanusiaan kepada rakyat Palestine dan khususnya bagi Gaza. Israel adalah kaum yang tidak boleh dipercayai. Mereka pendusta. Lihat ayat-ayat Al Quran yang menceritakan betapa mereka itu bersifat pengkhianat.

Hadis mengatakan siapa jua yang membantu mereka yang berperang FiSabililah mempertahankan bumi Islam, maka orang itu juga mendapat habuan seperti mereka yang gugur syahid di medan perang. Penduduk Kg. Tunku diseru tampil kehadapan membantu mengikut kemampuan masing-masing. Dan sama pentingnya ialah supaya kita mendidik anak-anak dan cucu-cucu supaya berilmu dan beramal dan dewasa nanti mereka akan sungguh-sungguh komited dengan perjuangan Islam. Dalam kapal tersebut seorang yang telah syahid ialah remaja berumur 19 tahun. Semoga Allah menerima matinya sebagai syahid. Semua jenazah wangi-wangi belaka. Maka kami disarankan supaya jangan takut menegakkan hak kerana kita dipihak yang benar walau pun Amerika dan sekutunya mengatakan mereka itu terrorists. Ingat kita pada Salahuddin al Ayubi, pemimpin para pejuang yang dulu pernah membebaskan Palestine dan Masjid al Aqsa. Antara sebab orang Islam tidak kuat bertahan kerana iman dan taqwa kita mula menurun. Maka kita diingatkan supaya membina iman melalui ilmu dan amal. Semoga Allah akan memberi pertolongan dan memberi kemenangan yang berkekalan.
Amin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails