"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, July 13, 2010

GARUT.....memacu usaha mengejar cita-cita.




Pada 8 Julai, subuh-subuh lagi kami telah bertolak dari Jakarta untuk ke Garut, sebuah daerah ke arah Bandung dan memakan masa empat atau lima jam setelah mengambil kira kesesakan jalan raya dan istirihat sebentar. Garut merupakan sebuah daerah dilereng bukit bukau yang agak tinggi dan udaranya amat nyaman. Ia agak dingin diwaktu malam dan pendudunya rata-rata adalah pekebun.
Di Garutlah letaknya Situwangi, sebuah perkampungan yang telah dipilih untuk dibina sebuah sekolah dengan kurikulum yang terpadu. Yayasan Situwangi menamakannya Situwangi Boarding School. Sekolah ini mula di rancang pada Oktober 2009 dan kini beberapa bangunan telah siap untuk memulakan pendaftaran pada minggu kedua Julai bagi seramai 30 orang untuk permulaan. Pengasas sekolah ini bercita-cita untuk menerajui pendidikan Islami  di rantau ini  yang mampu membina generasi Rabbani yang soleh, professional, hafal al Quran dan melahirkan pemimpin-pemimpin yang berjiwa waja, berjati diri dan boleh menjana perubahan bila diperlukan selaras dengan tuntutan Tuhan yang maha Esa.
Antara ahli pelaksana projek
 Perbincangan Di Tapak
Mudir no. 2 dari kanan dan Timbalannya di kiri sekali.
Bangunan Masjid didahulukan.
Bangunan asrama yang akan digunakan untuk bilik-bilik darjah juga buat permulaan. 
Pembinaan bangunan yang lain nya.
Mengakhiri lawatan dan perbincangan.

Alhamdulilah, walaupun ada beberapa masaalah  yang dihadapi, berkat doa dan kesabaran dalam menanganinya telah membolehkan "soft openinig" dilancarkan oleh wakil Yayasan Situwangi, badan yang bertanggong jawab sepenuhnya mengendalikan projek ini. Sepanjang usaha melaksana projek ini kami sentiasa ingat mengingatkan antara satu sama lain bahawa cita-cita untuk mendirikan kebenaran bukan suatu yang mudah. Kita mengingat kembali sirah perjuangan Rasulullah saw, dan ini membuat kami bertekad untuk mencontohinya hingga akhir hayat dikandung badan.


Dalam perjalanan pulang dari Garut, saya banyak berfikir-fikir sama ada saya akan dianugerah peluang oleh Allah untuk datang sekali lagi dan melibatkan diri seterusnya.Saya berdoa semoga usaha ini menjadi sebagai jambatan ukhuwah antara teman-teman di Malaysia dan di Indonesia. Juga ia menjadi sebahagian dari usaha menyatukan ummah kearah satu perjuangan, iaitu menegakkan Islam dan mendapat keredhaan Allah yang maha berkuasa.

Di bawah ini saya rakam coretan fikir-fikir saya semasa dalam perjalanan pulang.

GARUT,
Nama mu terselit dihujung dunia.....
Tiada yang peduli akan keindahannya
Bila disebut GARUT tidak ramai yang tahu apakah dia.

Tetapi bagi ku nama itu membawa bahagia
Ia menggamit semangat korban dan semangat juang
Dan di situlah erti sabar diperjelaskan dan dapat dirasakan

Di Garut....
Impian ku untuk membina  sebuah Pasentren hampir menjadi kenyataan
Walaupun impian itu hanya merupakan sebahagian
Kerana di Garut aku hanya menyumbang waktu dan pengalaman
Allah belum mengurnia bagi ku harta kekayaan yang lumayan.

Tetapi setakat itu pun sudah cukup bagi ku mendapat kepuasan
Bersyukur atas segala nikmat kurnia Allah yang maha pengasih maha penyayang.
Umur ku mungkin tidak kesampaian
Melihat hasil sepenuhnya melahirkan warga  yang pintar, soleh dan berwawasan
Membela marwah dan membela kedaulatan Islam
Agar manusia tunduk mengabdikan diri seperti yang di seru melalui alQuran.
Hanya doa yang mampu ku panjatkan
Semoga Allah melimpahkan keampunan dan keredhaan.

Jalan-jalan menuju Ilahi dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai
Tidak serupa bagi semua diri
Tetapi yakinlah ....
Kasih sayangNya meliputi semua yang di langit-langit dan di bumi
Apalah keperitan dan kepedihan yang dilalui di dunia ini
Kalau nanti di Hari Penentuan kita bahagia dan Syurga menanti

Lalu nikmat Allah yang mana yang hendak kamu dustakan?

2 comments:

noraini said...

salam sobah
Cantik sajak. berbaloi delay 3 jam di jakarta.Been reading all yor writings. tak sempat komen. teruskan menulis. ada orang baca insyaAllah.

ngasobahseliman said...

Alhamdulilah. Garut akan sentiasa dalam kenangan dan dirindui.

Related Posts with Thumbnails