"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, July 20, 2010

MENGGAPAI HARAPAN AKU TERPILIH





Dua atau tiga hari lalu baru teringatkan Raden Galoh yang saya kenal hanya melalui pembacaan blognya (onebreastbouncing). Hari ini 19 Julai,  khabarnya Allah telah menjemputnya pulang. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya dan Allah meredhainya dan menempatkan ruhnya bersama ruh orang-orang yang soleh.AlFatihah.

Berita pemergianya menyentuh rasa dan pemikiran saya kerana sekian lama saya membaca blognya dan sekian lama saya menginsafi hakikat bahawa akhirnya kita semua akan pulang kepadaNya. Apa jua pedih peri yang kita rasakan adalah RahmatNya dan kasih sayangNya yang kita sering tidak mengerti. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadanya kita semua akan dikembalikan.

"Menggapai harapan aku terpilih" adalah antara seni kata lagu yang dirakamkan bagi mengingati bagaimana ia melalui hari-hari dalam hidupnya mengurus Cancer yang Allah takdirkan baginya. Jalan pulang pada yang maha Pencipta adalah berbagai. Ada yang sakit dan ada yang tidak sakit. Saya juga sakit-sakit, bukan Cancer tetapi penyakit "tiga serangkai". Kini jantung saya sudah mula menampakan kesannya. Tetapi Alhamdulilah, dengan ini Allah memberi amaran untuk jangan lalai bagi perjalanan seterusnya.

Dalam beringat-ingat dan berusaha untuk tidak lalai, saya dan suami bercadang untuk menunaikan umrah pada bulan Ramadhan ini. Sudah lama saya ingin menjadi tetamu Allah pada bulan puasa tetapi hingga kini belum kesampaian. Urusan perjalanan masih belum selesai dan hari-hari yang tinggal amat sedikit untuk keselesaan. Sepertinya saya khuatir saya tidak terpilih menjadi tetamu di bulan mulia ini. Takut bercampur harap, itu sahaja yang saya mampu untuk memujuk hati dan berdoa sepuas hati.Semoga saya terpilih sebagai hamba setia yang berkeyakinan  tidak berbelah bagi.

Kerinduan untuk menjejak kaki di Bumi Suci hanya Allah yang mengetahui. Dirasakan di situlah nanti saya dapat berbicara dari hati kehati, menyatakan masaalah dan memohon diterima taubat nasuha sepanjang hidup ini  dan memohon saya terpilih untuk dianugerah redhaNya dan merasai dakapan kasih-sayangNya yang tidak terhingga.

Namun saya renungkan juga hakikat erti nama-nama allah dan sifat-sifatnya yang tertinggi dan  ketahap infinity. Saya yakinkan minda dan  hati nurani ini bahawa redha Allah tidak semestiny melalui  jalan-jalan di Bumi Suci, melutut sujud dan menitis air mata tanpa henti. Rahmat Allah dan kasih sayangNya ada di langit-langit dan di bumi di mana jua kita mengabdikan diri dengan penuh ikhlas dan penyerahan yang bulat dihati. Maka jika saya diterima sebagai tetamu di bulan Ramadhan ini, saya akan rasa gembira dan bersyukur Allah meanugerah ruang dan masa untuk diri ini dan suami. Jika tidak saya yakin perancangan Allah adalah terbaik kerana Dia zat yang maha suci, maha menganugerah dan maha mengetahui. Dia juga zat yang maha adil dan maha mengasihani. Kegembiraa dan kesyukuran tidak akan berbelah bagi kerana kita hambanya dan seharus redha atas apa jua pilihanNya. Jika kita meningkatkan Iman dan Taqwa dan beramal soleh dan menghidar kemurkaanNya, pasti RahmatNya akan terserelah bagi kita. Pengabdian diri tidak semestinya di Tanah Suci. Cumanya kita rindu sebab itu tempat yang istimewa warisan nabi-nabi yang dulu. Semoga rasa " menggarap harapan aku terpilih"  bukan setakat tetamu di Baitullah semata, tetapai diakhir hayat nanti  semoga "aku terpilih sebagai hambanya" seperti dalam Al Quran, surah Al Fajr ayat 27-30.
" Hai jiwa yang tenang kembalilah pada tuhan Mu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, Maka masuklah dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah dalam SyurgaKu".
Amin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails