"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, July 16, 2010

SAYANG PALESTINE 5 .... di mana jua

Kali ini (awal Juali 2010)  saya dan suami bersama YBhg. Dato Safaruddin (selaku penasihat Aman Palestine) dan isteri telah pergi ke Kemaman, Trengganu untuk bersama dengan sebuah parti politik yang ingin menyampaikan sumbangan wang ringgit kepada rakyat Palestine melalui Aman Palestine, iaitu sebuah NGO yang bergiat gigih untuk membantu membebaskan Palestine dan Masjid Al Aqsa dari cengkaman Yahudi LA.

Apa yang menarik perhatian saya ialah hakikat bahawa sumbangan boleh datang dari  mana dan dari siapa jua kerana ini bukan sahaja isu aqidah, tetapi adalah juga isu kemanusiaan. Isu membantu Palestine  perlu ditangani di luar sempadan bangsa dan agama. Saya percaya NGO seperti Aman Palestine adalah berkecuali dari hal-hal politik menerusi parti politik. Tetapi gandingan usaha harus digalakan demi membela mereka yang dizalimi.

YBhg. Dato' sedang menunggu acara penyampaian sumbangan
Gambar kenangan di sekitar majlis penyampaian.
Berusaha untuk  mendapatkan sumbangan buakan suatu yang mudah. Kadang-kadang  kita boleh terjebak dengan perselisihan faham antara pihak yang berkaitan dan kadang kala ada pergeseran dari segi menentukan strategy dan bentuk sumbangan. Walau apa pun secara amnya saya berpendapat kerja-kerja amal seperti ini akan menjadi sia-sia kalau kita tergelincir nowaitu. Usaha seperti ini akan menjadi 'counter productive' kalau kita mahu menonjol diri dan mahu mempopularkan NGO yang kita anggotai. Usaha-usaha NGO seharusnya bertindak secara lengkap melengkapi. Tidak sepatutnya timbul isu meminggirkan mana-mana NGO semata-mata kerana perbezaan pendapat yang boleh diselesaikan melaluyi perbincangan hati kehati oleh hati-hati yang berjuang sema-mata kerana Allah jua.

Masaalah yang membabitkan setengah-setengah negara Islam dari segi mendapatkan pertolongan dan kerjasama sudah cukup rumit bagi rakyat Palestine. Ada negara-negara yang kita lihat semacam tidak suka Palestine bebas, tidak suka melihat kebangkitan Islam.Sama-sama kita berdoa semoga Umat Islam bersatu padu dalam membenteras kezaliman Yahudi dan sekutu-sekutunya. Sama-sama kita ingat kembali Al Quran surah An Nur ayat 55. Kemenangan hanya pada yang benar-benar beriman, beramal soleh dan tidak mensyirikan Allah walau sedikit pun.
WaAllahua'lam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails