"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, January 5, 2014

ASIM HANIYA.






Cucu yang ini tetap saya kenanag juga. Asim Haniya namanya. Nama yang mengambil sempena Pejuang terkenal di GAZA, Ismail Haniya. Semoga ia juga menjadi pembela Islam dewasa nanti. 

Ia mula menghadiri Tadika tahun 2014 ini dan dari awal pagi lagi ia sudah bangun. Ia sangat teruja agaknya dan mahu cepat-cepat bersiap hingga terjatuh di bilik mandi kerana melompat keluar dari Bathtub di bilik ibunya. Benjol besar tetapi hanya menangis sedikit sahaja. Saya tuam benjolnya dengan kain panas dan Asim diam tunduk sahaja akur dengan arahan saya. Alhamdulilah. Di atas ini sudah tidak kelihatan benjolnya. 

Kekadang saya amat kasihan pada Asim kerana ibu dan ayahnya banyak menumpu pada Huzaifah dan Akif yang memerlukan perhatian lebih. Asim seperti anak-anak biasa. Ia pandai membawa diri. Tetapi kekadang ia merajuk jika tidak diberi perhatian sewajarnya. Bila nampak ia merajuk ibunya hanya perlu mendakap ia erat-erat dan ini satu kepuasan baginya. MasyaAllah...

Ibu-bapanya adalah penjawat awam biasa  dan tidak termampu menghantarnya ke Tadika swasta yang terkenal di Putrajaya. Ia memasuki Tadika Perpaduan di Presint 8. Kelasnya besar, 27 orang kata Cikgu yang mengendalikannya. Hanya ada dua guru tetapi seorang cuti bersalin dan belum ada guru ganti. 




Saya terkedu sendirian keran kelas terlalu besar untuk peringkat Tadika. Tadika ini kepunyaan Kerajaan. Saya kesal tidak cukup peruntukan baginya seperti menambah bilangan guru supaya tumpuan pada anak-anak lebih berkualiti. Pada pagi itu ada yang menangis berguling-guling tetapi cikgu tidak menang tangan. Kalau berterusan begitu saya risau kalau nanti Asim tidak banyak mendapat munafaatnya walaupun bayaran yuran amat rendah berbanding Tadika Swasta yang ada.

Tak ape Mak.........kata anak saya melihat seperti saya kurang ceria. Asim ok Mak.

Saya berlalu dari kelas itu masuk ke kereta senyap-senyap mendoakan kesejahteraannya. Anak saya kini menjadi seorang yang mudah menerima apa jua bagi dirinya. Ia terkesan dengan kata teman-teman yang belajar dari ustaz bahawa 'hanya ibu yang istimewa Allah kurnia anak-anak istimewa'. Saya terharu cuba merasai apa yang anak saya rasai. Ia menjadi lebih bersabar dan banyak membaca mencari ilmu untuk memudahkan ia membesarkan anak-anaknya sebaik mungkin. Maka Asim seperti menjadi penyelamat kerana padanya Asim dapat mengimbangi fikirannya dan tindakannya. Alhamdulilah. Begitulah laluan hidupnya buat masa kini. Semoga Allah memudahkan segala urusan dan di hujungnya Redha Alah jua yang menantinya.

Maka nikmat Allah yang mana yang kamu berdua hendak dustakan ?
Membuat saya beringat...
Semoga Allah mengampuni dan semoga Allah Merahmati.
Aameen...

...

4 comments:

Al-Manar said...

Sudah beberapa kali saya gagal meninggalkan catatan. Ini cubaan sahaja. Kalau boleh Alhamdulillah. Selamat tahun baru - mohon dipanjangkan umur, murah rezeki dan diper5mudahkan kegiatan beramal

wati said...

Asim mengingatkan saya pada cucu sulong saya Adam..ia tak memberontak..cuma merajuk sambil buat lirikan matanya..satu ayat pd mama nya 'Alasan'..buat mamanya rasa bersalah..haha

ngasobahseliman said...

Salam Dear Pak AlManar. Terima kasih bersusah payah singgah di blog saya. Saya ada balas emel. Ringkas.Boleh sambung cerita lagi. Saya pun ucap Selamat tahun baru. Semoga Allah memudahkan segalanya. Ameen.

ngasobahseliman said...

Salam Dear Wati. Terima kasih berkongsi cerita pasal Adam. Cucu-cucu temapat kita juga menumpang kasih. semoga Allah menganugerah yang terbaik di sisiNya untuk seisi keluarga, termasuk keluarga besar.
Nanti jumpa lagi insyaAllah.

Related Posts with Thumbnails