"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Sunday, January 19, 2014
Bilal Muda di Masjid ku....
Selalu orang terpesona mendengar berita ada Imam Muda di Masjidnya. Kesan program Astro amat memukau.Tetapi pagi ini saya terpesona mendengari cerita Bilal muda di Masjid Kg Tunku. Saya yang memberi title Bilal Muda itu untuk tujuan keterbukaan minda.
Suami dan saya mahu sarapan pagi di kedai mamak berhampiran Masjid tetapi pagi itu tidak ada Putu Mayam yang disukai suami. Maka kami beralih ke kedai Keris Sakti bersebelahan kerena di situ banyak pilihan kuih- muih.
"Assalamualaikum," suami saya bersuara agak kuat dan saya menoleh melihatnya. Ia ternampak anak-anak muda sedang menikmati sarapan pagi. Mata saya terfokus ke tempat mereka duduk dan seorang darinya senyum lebar lantas minta kami duduk bersama.
"Ini Imam 1, ini Imam 2 dan ini Bilal masjikd kita," kata suami pada saya. Mereka senyum dan mengatur semula kerusi-kerusi yang ada untuk kami duduk selesa. Suami saya seronok dipelawa begitu. Imam-Imam muda ini baru dilantik akhir tahun lepas. Seorang kelulusan dari Mesir, dan seorang dari University tempatan. Pak Bilal Muda hasil lulusan tempatan.
"Saya Bilal aje," katanya merendah diri, memulakan taaruf santai.
"Eh, jangan kata ...'aje' seperti tak rasa seronok jadi Bilal. Sebut sahaja 'saya bilal'. Saya menegor selamba sambil melihat wajahnya yang seperti kurang selesa. Saya selamba sahaja kerana saya menganggap mereka seperti anak-anak muda dalam keluarga besar saya.
"Panggil saya 'Ibu'. Itu nama glamour saya." Saya cuba berseloroh dengan tujuan supaya mereka tidak rasa terasing berbual-bual dengan warga emas seperti saya.
"Semua jawatan ada keistimewaannya masing-masing. Imam jawatan istimewa dan Bilal juga punya keistimewaannya asal saja kita tahu menghargai kebolehan dan keterampilan diri kurniaan Allah", saya cuba meyakinkan mereka supaya jangan terkesan dengan pandangan sesetengah ahli qariah yang tidak melihat bilal sebagai suatu yang hebat.
"Kita sebut sahaja: 'Saya bilal, alhamdulilah. Jangan kata : 'Saya Bilal aje.' Saya ulang saranan saya semoga mereka benar-benar yakin saya ikhlas dalam kata-kata saya. Dan saya yakin setiap individu ada keistimewaannya yang tersendiri. Allah tidak menilai jawatan yang dipegang tetapi Allah menilai bagaimana kita menyepurnakan tanggongjawab dan amanah dalam memegang sesuatu jawatan itu.
Bilal muda itu senyum mengerti dan memahami. Saya pun senyum sama. Kurang pasti apa yang ada difikirannya mengapa ibu tua ini mahu memberi takrifan pada jawatannya.
"Bila kita bertugas kerana Allah tidak ada beza jawatan apa yang kita pegang. Allah maha Melihat dan Dia yang maha menilai," kata suami saya menambah untuk meyakinkan dengan lebih jelas lagi.
Bilal Muda itu mengangguk-angukan kepala dan senyumannya kini nampak ceria....benar-benar ceria dan Alahamdulilah suami dan saya seronok dapat menyuntikan rasa harga diri pada seorang anak muda yang sememangnya punya kewibawaan yang sewajarnya. Kekadang masyarakat yang tanpa disedari membuat anak-anak muda kita rasa terpinggir. Kita yang menyusun stuktur masyarakat seolah-olah jika tidak ada kedudukan tinggi maka ia kurang penting dalam menyumabng pada objektif pembangunan ummah.
Ini pendapat yang 'sesat', dan boleh melemahkan semangat mahu berjati diri. Hati saya bengkek kalau mendengari fikiran yang banyak prasangka.
Sambil makan kami sambung bertaaruf mengenai keluarga dan kerjaya. Entah bagaimana saya tercerita bahawa saya ada mengusahakan Sekolah Tadika SmarTop dan antara module yang dilaksana ialah mengenal Bahasa Mandarin.
"Saya tahu Mndarin, saya belajar Mandarin tetapi sekarang saya dah berhenti." Tiba-tiba Bilal Muda itu mencelah dengan nada teruja.
"Ah....bagus tu ! Kenapa berhenti ? " saya bertanya balik dengan nada teruja juga. Saya melihat wajahnya yang menggambarkan kegembiraan mendengar saya membuka cerita mengenai Mandarin. Saya teruja kerana ada persamaan minat yang boleh kami berkongsi ilmu dan pengalaman.
"Dahulu saya ramai kekawan keturunan Cina yang sama bermain-main selepas sekolah. Sekarang saya hanya berkawan dengan sesama kita sahaja dan saya hilang hubungan yang memerlukan saya berbahasa Mandrin."
Cepat-cepat saya mencelah: "Eh...jangan gitu. Rugi kita. Sekarang negara China lebih hebat ekonominya dari Amerika walaupun Amerika masih negara yang besar kekuasaan tenteranya. Dari segi perdagangan kita amat perlu Bahasa Mandarin. Tak patut bagi kita duduk dikalangan orang Tionghwa tapi tak tahu sepatah kata pun."
"Lepas ini belajar balik Mandarin," suami saya mencelah dan dia menambah fakta bahawa banyak warga di Afrika sudah pandai Mandarin.
"Okay Ibu.....saya seronok pagi ini dapat pemikiran dan maklumat baru dan dapat dorongan untuk berfikiran luas."
"Betul tu.....sebab itu jangan kata 'saya Bilal je'...Saya bilal pandai Mandarin." Saya tertawa kecil mencuit hatinya kerana saya serious mahu mendorongnya supaya ia menyambung pembelajaran bahasa Mandarinya dan ia tidak akan berpatah balik.
"Nanti bila dah steady sikit kita boleh selitkan belajar lagu-lagu Mandarin dalam kelas tuition di masjid untuk mengiklankan bagusnya kita kalau pandai Mandarin. Bila dewasa nanti anak-anak remaja sudah boleh berfikir diluar kebiasaan bila mahu membuat pilihan bahasa asing." saya menambah maklumat untuk mereka berfikir fikir.
"Itulah Bilal yang ada kelainan, ada keistimewaan dan boleh menyumbang selain dari kerja-kerja bilal yang biasa." Kata teman blogger saya: "Berkhidmat kerana Allah untuk kemanusiaan." Kita boleh menyumbang untuk kesejahteraan manusia dalam berbagai cara.
Bilal Muda itu senyum....senyum selesa !
"Ibu.....saya janji sambung balik belajar Mandarin....."
Begetar jiwa saya mendengarinya. Ia berkata penuh komitmen. Saya dapat lihat dari air mukanya. Alhamdulilah.
Imam muda yang ada bersama pun nampaknya bersetuju. Peranan Imam pun kena berlainan sedikit pada pandangan saya. Maka saya cadangkan supaya mereka bertiga boleh memikirkan bagaimana mahu menarik anak-anak muda ke masjid. Mungkin boleh usahakan perlawanan main bola Futsal. Imam pun kena berbadan sihat dan cergas dan boleh menambah program yang bukan sahaja ceramah-ceramah ilmu fardhu ain tetapi boleh jadi kaunselor pada anak-anak remaja dalam qariah, sedikit demi sedikit. Tak kenal maka tak cinta. Kalau mereka boleh berkawan dengan Imam, maka akan rajinlah mereka ke masjid.
Itu fikiran saya. Suami saya setuju dan ia menasihatkan Imam-Imam dan Bilal Muda ini berunding dengan Tuan Mudir masjid untuk mendapatkan peruntukan kewanagan yang sewajarnya. Suami saya kata Tuan Mudir banyak sumber kewangan dari kenalan korporat yang boleh dimunafaatkan. Kita harus keluar dari kepompong dan laksana suatu yang berlainan untuk merapatkan anak-anak muda denagan Masjid.
Mereka nampaknya setuju. Dan setelah agak lama bersama saya minta diri untuk pulang.
InsyaAllah kami berjumpa lagi bila berhadapan dengan Tuan Mudir.
Alhamdulilah. Seronok saya pagi itu kerana dapat mencungkil minat anak-anak muda yang diharapkan di Masjid. Semoga Allah menunjuki jalan dan memudahkan segala urusan. Aameen....
....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Alhamdulillah..saya pun tumpang seronok bc penulisan puan..mmg patut di puji
Salam. Terima kasih Wati sudi baca. Saya menulis semoga tidak mudah menjadi pelupa kerana umur warga emas banyak menghadapi cabaran. Sambil itu saya suka berkongsi maklumat. Semoga Allah terima sebagai ilmu yang dimunafaatkan. Bersyukur kita dengan kurnia Allah yang kita nikmati dalam berbagai bentuk dan rupa. Semoga Allah meredhai.
Post a Comment