Dengan limpah kurnia RahmatNya...KINI 2014. Berseorangan berfikir-fikir......
Saya memohon semoga Allah masih membuka pintu Rahmatnya untuk tahun 2014 dan seterusnya hingga ke satu masa nanti apabila samapi pada janjiNya.
Hati ini masih berhasrat terbang tinggi mencecah awan berbakti pada insan dan bersama-sama siapa jua menegakan Kebenaran demi mencari Redha yang maha Pencipta,
Tuhan sekian alam.
Hampir sangat sudah waktu yang diTentukan.
Tetapi hati ini masih belum mahu belegar-legar di Dewan Berlepas menunggu pesawat yang akan menjemput tanpa diketahui bila saatnya.
Doa tidak putus-putus semoga setiap saat yang masih ada dapat dimunafaatkan sebagai "bahan bukti" jutaan penyesalan dan mendapat keampunan atas segala kelemahan dan kekurangan yang tidak terkira bilangan.
Dalam ruang yang makin memperkecil ini saya bertekad memperkukuh tujuan....apakah sudah bulat dihati nowaitu di permulaan usaha itu semata-mata kerana Tuhan.
Tetapi mengapa ada ketika-ketika hati ini kecewa apabila sasaran kumpulan yang menjadi laluan usaha itu menimbulkan berbagai kesusahan hingga diri hampir kecundang.
Kalau semata-mata kerana Tuhan,
maka kita tidak perlu resah bimbang merentasi halangan.
Semalam teman sekamar saya rasa agak kecewa bila hasratnya dan harapanya atas anak-cucu masih belum kesampaian. Masih tersimpan rungutan-rungutan seolah-olah ia tergugat dalam keikhlasan yang dipupuk sepanjang jalan.
Maka saya cuba-cuba memberi buah fikiran. Allah jua yang melihat kita dan menilai bagaimana kita mematuhi suruhannya dan meninggal larangannya. Kita belum terbuat kesemuanya, tidak terdaya sempurna seperti yang dituntutnya. Tetapi Allah tetap kasih sayang pada kita selagi kita tidak putus-putus memohon maghfirahnya. Dibuka runag untuk terus mencuba dan dibuka minda untuk berfikiran seluasnya.
Maka kita harus bermunajat mememohon dan meminta pada Allah yang maha bijaksana semoga Dia meminjamkan sifat sabarnya pada kita, mengurnia kekuatan untuk terus mencari jalan terbaik menujuNya.
Dia tidak pernah kecewa dengan kita. Tidak pernah manaruh dendam dan Dia sentiasa mendengari rintihan kita asal sahaja kita mencuba sejujurnya untuk ikhlas dalam pengabdian sepanjang masa, merintih mohon dipelihara dari segala rintangan dan dari bisikan syaitan yang bermaharaja lela berpanjangan. Maka kita terhadap anak-cucu dan siapa jua harus begitu. Jangan kita putus asa memendam perasaan. Kita berlapang dada dan harus yakin dengan janji-janji Nya.
Semoga Allah membantu kita seterusnya, memudahkan segala urusan dan kita sentiasa diberi ruang untuk merasai kasih dan sayangNya.
Ayuh kita berfikir bersama semoga yang kita fikir dan kita kata itu kita kota. Semoga Allah memberi Taufik dan Hidayahnya dan di akhir perjalanan ini kita dianugerah redhaNya,
dan di Syurga Firdaus kita berkampung bersama....selamanya.
Ameen.
.....
No comments:
Post a Comment