"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Monday, January 20, 2014
Kuching di SmarTop....
Penghuni setia SmarTop. Weedat, anak angkat teman saya ambil foto ini bila melihat ia mesra berada di sekitaran sekolah kami. Semasa keramaian 'Maulidurrasul' tempuh hari ia menghampiri pintu dan duduk tertib memerhati kesibukan agaknya mahukan perhatian.
Tidak semua orang sukakan Kucing atas berbagai alasan. Takut pada bulunya, tidak berkemampuan membersihkannya, tidak tahan bau busuknya, sering tiada di rumah untuk mengurusnya dan berbagai lagi helah kebiasaan. Saya antara yang kurang mesra dengan Kucing kerana tiada kesanggupan, dan hanya di luar rumah saya memberi makan.
Seperti tiada persaan kasih pada haiwan yang menagih kasih sayang....
Dan saya kagum pada yang amat mesra dengan kucing hingga tidur bersama. Dengkuran kucing membuat ia lena semalaman tiada ganguan sedikit pun padanya. MasyaAllah...
Saya rasa berdosa kerana kucing adalah kesukaan Rasulullah saw dan saya tidak terdaya melawan fikiran minda saya yang kurang mesra.
Di rumah saya cuba 'menebus dosa' dengan membela kucing setakat tidak menghalaunya dan saya memberi makan secukupnya. Saya akan memarahi anak saya bila lambat membeli makanan kesukaan harian mereka. Saya ada empat ekor kesemuanya, kadang lebih kadang kurang bilangannya. Kucing lain yang mendatang saya tidak cerewet mengira dan saya beri makan sama sahaja. Ini usaha 'menebus dosa' tidak mahu mesra pada haiwan yang suka bermanja.
Cucu-cucu saya sukakannya. Saya rasa lega......
Terhibur juga di hati, anak cucu tidak seperti diri sendiri.
Saya katakan mesti cuba mengasihi semua haiwan kerana itu juga tuntutan Ilahi. Jangan hanya memikir diri sendiri dan haiwan dipinggirkan tanpa mahu menagasihi. Jangan ikut perangai seperti saya sendiri yang sudah terbiasa dan tidak dapat membuat perubahan mengikut syar'ie.
Semoga Allah mengampuni, menganugerah Hidayahnya pada anak-cucu memiliki hati budi,
Mengasihi Kucing sedaya upaya tanpa mengira kesusahan sendiri.
Aameen...
....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment