"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Thursday, January 30, 2014
"Karenah" @ Whatsapp...
Suatu pagi minggu lepas saya menemani suami ke Ampang bertemu seorang teman dalam rangkaian teman-teman perniagaannya. Cuaca muram seperti muramnya hati saya hari itu. Entah mengapa. Tidak banyak yang saya perbualkan dengan suami dalam perjalanan yang agak lengang.
Lama sungguh saya tidak melalui lebuh raya menuju ke Ampang. Banyak perubahan di skyline Kuala Lumpur. Tetapi itu tidak dapat menghibur hati saya. Kebetulan saya ada kamera maka saya rakam beberapa foto dalam ketika-ketika saya bermonolog dengan keadaan sekeliling yang bising. Saya masih rasa lengang dihati.
Maka pemikiran saya menjelajah jauh. Berfikir politik, berfikir ekonomi berfikir keluarga dan sebagainya. Kadang-kadang rasa membazir masa berfikir politik atau berfikir ekonomi. Kekadang semacam rasa bosan tinggal di Malaysia, tetapi hendak melarikan diri ke-mana ye? Kemudian rasa berdosa kerana seperti tidak rasa bersyukur atas segala nikmat Allah. Rasa ini menyerbu menghantui fikiran. Maka terhenti sebentar berfikir. Saya diam dan melihat sahaja keluar tingkap kereta "tanpa berfikir". Rasa kosong. Tetapi benarkah kita boleh mengosongkan diri ?
Maka untuk mengelak pengaruh gejala syaitan yang suka menghasut, saya ambil smart fon saya dan saya lihat apa yang saya terlepas pandang semasa membukanya di rumah awal pagi tadi. Sebenarnya saya tidak berapa minat melihat gajet yang ada di telefon itu. Mungkin kerana saya tidak IT Savy. Mungkin silap pendapat tetapi saya sudah tidak rasa perlu menggunakan semua kemudahan yang ada. Anak saya yang membelikannya kerana katanya mudah untuk berhubung dan jika menggunakan WhatsApp ia menjimatkan. Saya mengikut sahaja saranannya. Dalam hal ini anak pastinya lebih tahu. Hingga sekarang saya belum mahir menggunakan fon saya itu dan anak saya suka mentertawakan saya kerana katanya saya senghaja tidak mahu berusaha supaya pandai guna.
Saya hanya senyum.
Saya ada tiga kumpulan dalam WhatsApp saya. Satu dari keluarga kecil saya, satu lagi keluarga besar saya yang "dewasa" sahaja dan satu lagi teman-teman Muslimah Masjid yang meminta saya aktif seperti dahulu. Teman-teman sebaya yang sama berkerja dahulu sudah meminta saya memberitahu mereka bila sudah ada fon yang kemaskini. Saya masih mendiamkan diri.
Saya kurang minat banyak bicara di telefon atau di face book. Saya menulis di blog untuk keluarga kecil saya khususnya dan untuk saya sendiri menggunakan fikiran supaya tidak mudah lupa. Maklumlah dalam umur amat dewasa kini saya perlalu aktif berfikiran supaya sel-sel otak tidak cepat mematikan diri. Itu fahaman saya dan saya amat sensitif dalam hal ini kerana saya pernah menjaga dan mengurus seorang ahli keluarga yang kian pelupa. Semoga saya tidak ditakdirkan jadi pelupa. Semoga Allah mengampuni kami semua.
Kadang-kadang saya terfikir mengapa ada yang suka menulis di WhatsApp atau di Facebook atau di manayang seperti dengannya, tetapi bila bertemu muka senyap menikus sahaja. Kadang-kadang hanya bersalaman tanpa sepatah perkataan yang lahir darinya. Agaknya di telefon kita boleh jadi "Faceless". Di facebook juga kita "faceless". Kata apa pun tidak akan ada respon yang sepontan. Bila tidak spontan maka banyak idea yang teres dari ingatan. Maka mudah rasa selesa kalau tidak ada respon yang kadang kala boleh menyentuh perasaan.
Saya berpendapat alat teknologi bukan gantian untuk berkomunikasi lebih bermakana antara satu sama lain atau antara kumpulan dan kumpulan......apa jua. Ia tidak boleh jadi alat ganti menjalin kemesraan antara ahli keluarga atau sahabat handai. Ia hanya alat untuk berkomunikasi perkara-perkara penting. Dan juga perkara penting yang hendak disampaikan secara santai atas sebab-sebab tertentu.
Ia juga bukan saluran meluahkan isi hati yang terpendam dan mahu menyatakan rasa hati yang dendam. Sentuhan jari jemari di atas key board bukan cara meluah rasa yang mengakibatkan hubungan keluarga menjadi mangsa. Pautan kasih sayang keluarga harus melalui tentangan mata, sentuhan dan dakapan mesra dalam keluarga dan teman sebaya dalam had-had syar'ie yang tiada persoalan padanya. Dengan sendirinya teknologi tidak punya bicara. Tetapi kehadiran secara terus boleh melahirkan aura kasih mesra walaupun untuk seketika. Aura itu akan merasap di dada tanpa disedari hingga kesatu masa nanti yang kita tidak sedar ia wujud tanpa di minta-minta. Kalau selalu kita berhubunagn terus walau setakat bersalaman dan menghilangkan penat dengan secawan teh dan cekodok pilihan, itu lebih bermakna dari berjela-jela komunikasi di whatsapp atau yang seperti dengannya.
Masa itu ibadah dan bermesra dalam keluarga juga ibadah, terutama keluarga yang lebih tua yang sudah kurang upaya. Maka kita perlu meluangkan masa walau sesibuk mana.....
Maksudnya ialah kita harus gunakan teknologi berpada-pada walau secanggih mana ia direka untuk diguna. Gunakanya untuk kerja-kerja teknikal dan professional dan bukan ganti pada jalinan mesra.
Itu sahaja.
Saya lihat suami saya menunpu pada memandu kereta tanpa melihat saya. Agaknya mahu memberi peluang saya bermonolog sepuasnya.
Tidak lama sampai kami ke destinasi dan saya tuliskan entry ini untuk bicara sendiri-sendiri.
Tentunya ada yang kurang tepat dan tidak dipersetujui. Saya juga masih mencari-cari. Semoga Allah mengampuni dan meredahi.
Peliharalah kami ya Rabb......
.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Saya sebenarnya sependapat dengan entry ini. Biarpun rakan2 sebaya saya semuanya berwhatsap dan berfb, tapi saya agak kurang menggemari. Saya jumpa keburukannya lebih dari kebaikannya. Maka saya undurkan diri dari saluran media sosial itu. Saya juga hanya setia kepada blog.
AsSalam dear Aziela. Tiap sesuatu sememangnya ada buruk dan ada baiknya. Semoga Allah sentiasa memelihara kita untuk yang baik-baik sahaja.
Terima kasih singgah dan tinggalkan pendapat. Nanti kita berkomunikasi lagi dilain entry, insyaAllah.
Post a Comment