Seperti rasa baru semalam saya bertemu kekawan. Rupanya sudah beberapa hari. Kami berkumpul lagi untuk aktiviti mempersiapkan diri bagi Pertemuan yang dinanti-nanti oleh orang-orang yang berIman dan berTaqwa. Kami ingin termasuk dalam golongan itu. Walaupun beberapa orang dari kumpulan kami yang kurang sihat kami berusaha juga untuk aktiviti ini. Alhamdulilah, Allah masih memeberi ruang dan peluang. Walaupun tangan tidak berapa kuat memegang tongkat, saya kagum kegigihan seorang teman yang akan cuba juga menghadirkan diri. Semoga Allah memudahkan semua urusan kami.
Antara acara yang biasanya kami tumpu ialah mengumpul dana untuk mereka yang memerlukan. Seorang ahli menarik perhatian kepada penerbitan 2 buah buku yang keuntungan penjualannya dikirim terus pada orang-orang perseorangan atau kumpulan yang amat memerlukan pertolongan.
Tag Line kumpulan kami ialah ERTI HIDUP PADA MEMBERI mengikut saranan blogger Saifulislam.com. Saya kagum dengan kegigihan Blogger ini mempaparkan ruang pemikiran yang berlainan dan platform perjuangannya, pada saya, adalah lain dari yang lain dan Alhamdulilah ia mampu menyedarkan pembaca betapa luas bumi Allah untuk kita menabur bakti asalkan sahaja minda kita tidak terperangkap dengan idea-idea yang sudah menjadi kebiasaan, iaitu terperangkap dalam berbagai prasangka.
Buku yang di kanan ini adalah mengenai dua orang anak adik beradik yang dilahirkan istimewa dan ibu-bapanya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan dana bagi mendapatkan perubatan walaupun di luar negara. Kami edarkan buku ini untuk membantu.
Dicelah-celah agenda ini saya dan seorang teman berkongsi pengalaman membantu cucu sendiri yang istimewa. Teman saya baru tahu saya ada dua orang cucu yang istimewa.( Sekarang OKU ditakrif "orang kelainan upaya".) Sudah pun saya bercerita mengenai cucu-cucu saya dalam entry saya sebelum ini. Saya ingin pula berkongsi pegalaman cucu teman saya ini yang didiagnos dengan Otisma yang agak berat dan kini berumur 9 tahun tetapi masih belum boleh bertutur walau sepatah perkataan pun. Subhanallah.
Ia bercerita kesibukannya hampir setiap hari membantu. Dalam kesibukan itu ia masih mencari masa untuk berkumpul seperti pada hari itu dengan tujuan menuntut ilmu yang akan dapat diamalkan sebagai persediaan bertemu dengan yang maha Pencipta. Semoga Allah meredhai.
MasyaAllah, gigihnya dia kerana cucunya ini lebih banyak memerlukan perhatian berbanding cucu-cucu saya. Cucunya tidak mudah mengenal temapt dan bila berubah persekitaran ia tidak tahu bagaimana mahu menyebutkan bilik air untuknya menselesakan diri.
Maka cucunya dihantar ke sekolah Khas swasta yang punya kemudahan dan staff professional yang diperlukan. Sebulan ia memebayar RM2,000 untuk membantu anaknya yang tidak mencuckupi dana untuk maksud ini. Saya bersetuju dengannya bahawa kemudahan sekolah Khas awam tidak secanggih sekolah swasta ini. Semoga satu hari pihak yang berkuasa Awam
akan juga memeberi perhatian berat pada kumpulan OKU ini dan tidak terlalu elitis dalam merangka dasar dan melaksana program untuk rakyat.
Saya terkesan hati dengan cerita yang saya dengari dari teman saya ini. Anaknya diceraikan oleh suaminya. Mungkin kerana tidak dapat menerima keadaan keluarga yang serba bermasaalah kerana ada anak yang OKU. Itu fahaman yang dipercayai oleh teman saya ini. Amat sedih saya mendengarnya. Bukan sahaja isteri dicerai, perbelanjaan anak pun tidak dikirim. Dia sudah berumah tangga dengan wanita lain dan tidak pernah bertatnya khabar tentang anaknya. Teman saya menasihati anaknya supaya bersabar menjalani ujian Allah. Saya kagum mendengar sikap kesabarannya. Katanya kita hanya bergantung pada Allah. Ketiadaan suami bukan bererti hidup ini tidak boleh berjaya. Ujian Allah berbagai rupa dan keluarga teman saya ini amat bantu membantu. Kasih adik beradik jadi bertambah rapat dan hanya Allah yang dapat memberi ganjaran sewajarnya.
Bercerita tentang bagaimana ibu-bapa anak istimewa berkerja tungkus lumus mencari dana untuk membiayai perubatan anak istimewa, saya teringat akan satu ketika semasa saya bekerja dahulu dimana saya memperakukan pada kementerian untuk tidak mengenakan denda pada ibu yang berhenti kerja walaupun masih ada kontrak semata-mata kerana perlu menjaga anak OKU ini sepenuh masa dengan ikhtiar sebaik mungkin. Saya mengatakan pada pihak pengurusan bahawa sang ibu ini berhenti kerja bukan untuk mencari keuntungan dalam sektor swasta, tetapi ia berhenti kerana kewajipan menjaga anak OKU. Kalau pihak kerajaan boleh menganggap Hutang Lapuk pada kontrator seperti kontraktor bangunan dan bekalan, maka apa salahnya dalam kontrak perkhidmatan seperti ini kerajaan juga boleh meluluskan kes ini sebagai hutang lapuk. Setelah berulang alik mengkaji kes ini, akhirnya kes ini dilulusak supaya sang ibu tidak didenda dan baki bayaran kontrak dilapurkan pada Perbndaharaan supaya dikira sebagai hutang lapuk.
Maka saya berfikir dalam kes penulis buku ANAK seperti di atas mengapa pula Kementerian tidak boleh memeprakukan pada Jabatan Perkhidmatan Awam supaya kes ini dianggap kes khas supaya sang bapa boleh meneruskan perkhdimatannya walaupun ia sudah melampaui had cuti separuh gaji atau had cuti tanpa gaji untuk beberapa ketika.
Boleh sahaja kalaulah kita mahu berfikiran di luar kepompong....
Saya simpati dengan kes-kes seperti ini kerana secara sedar atau tidak sedar OKU dianggap remeh dan menjadi beban. Maka sesetengah pegawai mahu sahaja me "WRITE-OFF" sebagai beban yang tidak berfaedah. Sebab itulah agaknya ramai ibu-bapa yang tidak membawa anak-anak OKU mereka bersiar-siar di tempat awam kerana mereka agaknya rasa malu kerana mereka dipinggirkan.
Ayuh kita fikirkan bersama dan mencari jalan sendiri diluar sistem yang dipraktikan oleh kerajaan.
Seorang teman berkata pada saya: "apa lagi yang kerajaan tidak buat. Sudah ada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dipertanggongjawabkan dengan hal-hal seperti ini. Janganlah kita asyik kecewa dengan pihak kerajaan."
Itu betul tetapi pada saya peruntukan yang diberi dan dasar yang dipegang tidak selaras dengan kekayaan negara yang ada. Rasa sedih. Kemana pergi kekayaan kita ?
Kita fikirlah bersama. Anak-anak OKU bukan berlaku pada orang lain. Ia boleh berlaku pada kita. Ini amanah Allah yang kita tidak boleh ambil ringan.
Semoga Allah yang maha melihat dan maha mendengar akan menganugerah Rahmatnya yang tidak terhingga dan anak-anak OKU mendapat pembelaan sewajarnya di bumi ini.
Allahu Akbar.
...
2 comments:
Selama beberapa tahun saya menjadi ahli jawatankuasa OKU didaerah saya. Saya faham masalah yang dihadapi bukan sahja oleh pesakit tetapi juga oleh kakitangan yang bekerja dipusat OKU. Ramai ahli keluarga yang suka lepas tangan. Umpamanya tidak ingin memberi ruang sekali dua seminggu bergilir gilir menolong dipusat. Wang bulanan jangan tidak dibericepat , entah kemana di guna.
Kerana tugas saya dipusat Alamanar lebih penting kepada saya,dengan kepuasan hati, terpaksa saya menarik diri dari kegiatan bersangkutan OKU walaupun satu masa saya digesa mengambil alih jawatan pengurusi. Saya boleh teruskan kegiatan diAlmanar walaupun berseorangan tanpa mndapat peertolongan sukarelawan. Tetapi tak munkin saya berpuashati kalau keadaan sikap keluarga OKU pun tidak menunjuk keinginan bersama-sama membantu dengan kutrat dan masa.
Saya membaca sebuah buku yang ditulis berkaitan dengan sukarelawan yang menjadikan anak angkat anak-anak down syndrome. Dalam buku katanya ibu-bapa anak-anak ini yang meletakkan mereka di rumah khas kerana tidak sanggup dan tidak minat menjaganya. Ini di negara Barat. Kita di ajar untuk menyantuni semua ciptaan Allah. Kalau ibu-bapa tidak bersungguh-sungguh saya tak tahu nak kata. Anak saya menjadi ahli persatuan Otisma dan saya ingin juga menyertai kegiatannya satu hari nanti. InsyaAllah. Semoga mendapat ilmu yang saya boleh munafaatkan untuk golongan ini. Saya yakin tidak ada ciptaan Allah yang sis-sia. Itu kata alQuran.Maka saya mahu cuba menterjemahkannya dalam perilaku saya sekurang-kurang untuk keluarga sendiri dan keluarga teman-teman untuk permulaan. Semoga masih ada runag dan peluang untuk saya berbakti dibidang ini.
Sama-sama kita doa.
Post a Comment