"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, January 8, 2014

"Everyday Greatness".



Walaupun hari itu cuaca di Sarawak muram, saya dan teman cuba sedaya upaya menjadikan bengkel yang kami  jalankan  dapat menceriakan jiwa dan minda peserta dan dapat memaku ingatan bahawa keyakinan diri boleh terbina dari sesuatu yang amat kecil yang pada mata kasar seperti ia tiada makna dalam hidup harian asalkan sahaja kita memang bersedia untuk membuat perubahan pada diri.

Maka di bengkel Jati Diri bersama Wanita PBB Sarawak kami cuba menekankan fakta bahawa hidup harian kita perlu berwawasan penuh keceriaan. Jangan biarkan hari-hari berlalu kekosongan. Hanya jiwa dan minda yang ceria dapat menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan menghibur hati. 

Kejayaan adalah suatu yang relatif dan merupakan dirinya dalam berbagai bentuk. Bukan semestinya kejayaan seseorang itu dinilai dari segi status kedudukan dalam masyarakat, pangkat dan keturunan, kelulusan akademik dan harta kekayan dan apa jua yang seperti dengannya. Itu semua hanya hiasan hidup yang Allah tidak letak nilai yang tinggi dalam proses mencapai kejayaan dalam ruang lingkup keredhaanNya.

Maka teman saya selitkan konsep "Everyday Greatness" dalam slot membina keyakinan dan keluhuran budi dan pekerti. Saya dan teman  terkesan dengan buku "Everyday Greatness" yang di Sunting oleh  Stephan R. Covey dari kumpulan penulisan dalam 'Reader'sDigest'. Sesuatu prinsip itu lebih mudah dan jelas difahami jika ia dilahirkan dalam bentuk cerita.

Sedutan dari buke tersebut:


"Everyday greatness has to do with character, not notoriety, wealth, fame, prestige or position. Everyday greatness says more about who a person is than what a person has, more about small and simple deeds than about grandiose accomplishments"



Maka prinsip itu menjadi salah satu flagship kami dalam bengkel yang kami kendali. Untuk memudahkan kefahaman teman saya (no.3 dari kiri),  menunjukan cara termudah untuk menghidangkan juadah roti dalam keluarga. Ini sangat relevan jika ahli kekuarga itu besar bilangannya. Bukan usaha membuat roti itu sendiri yang penting.....bukan,  tetapi ia harus dilihat dari sudut bagaimana seorang ibu akan cuba sedaya upaya untuk mempelbagai hidangan dan sekali gos ia menunjukan  ciri mahu menggembirakan hati keluarga dengan sesuatu yang berlainan. Seorang ibu sering mahu kelaianan wujud dalam rangkaian kasih sayangnya mengendalikan kebajikan keluarganya. Rata-rata itulah naluri seorang ibu dan Allah jadikan ia insan termulia di sisi keluarga asal sahaja ia patuh pada Ilahi.

Kalau kita sudah puas hati diperingkat keluarga, kita boleh sebarluaskan bakat ini. Dalam kita belajar membuat roti (atau apa sahaja yang hendak dikongsikan) kita sebenarnya melaksana beberapa perkara dalam satu masa. Contohnya kita membina keterampilan sahabat handai, menjalin silaturrahim, berdakwah secara santai dan menginfakan ilmu yang ada pada diri. Alangkah bahagia rasa di hati dapat menghasilkan sesuatu tanpa usaha yang membebankan ! Ada elemen "everyday greatness" dalam aktiviti seperti ini. Ia tidak perlu banyak modal. Ia hanya memelukan sedikit masa dan minda dan hati yang terbuka luas untuk  menjalin kasih sayang (mawaddah) tanpa  banyak karenah.

Cubalah......
Belum cuba belum tahu....




Dalam semangat yang sama sebahagian dari kami berkumpul pada hari terakhir jam 3 petang di GREEN HOUSE CAFE kepunyaan Hajah Salina, yang juga dialntik oleh ahli bengkel sebagai Penghulu-wati. Masih muda belia orangnya, cergas, bijak dan punya sense of humour yang menawan. Alhamdulilah. Tetapi bukan itu sebabnya kami ke sana. Salina mahu memperkenalkan usaha gigihnya dan Culinary delights yang special sebelum ia memperkenalkannya pada orang-orang Australia di Melbourne tidak lama lagi. Sambil kita menikmati juadah yang dihidangkan, Salina terus berkongsi maklumat bagaimana Green House Cafe bermula. Ia menceritakan kumpulan resipi yang unik yang ada di tempatnya. Ia tidak lokek, tidak kedekut dan tidak kikir berkongsi ilmu. Wajahnya bersinar-sinar gembira bila beberapa ahli mahu mencubanya sekembalinya pulang ke rumah. Pasti seronok usahanya dihargai.

Tahniah dan Syabas Salina....
Sungguh enterprising orangnya dan amat bemurah hati. Inilah contoh satu kejayaan kerana selalu saya katakan: IA BUKAN KEJAYAAN KALAU KEJAYAAN ITU TIDAK DAPAT DI KONGSIKAN ATAU TIDAK MAHU DIKONGSIKAN"......Keseronokan berkongsi menjadikan harian kita lebih bermakna dan hati budi orang yang suka berkongsi amatlah mulia. Ini  adalah satu aspek "everyday Greatness" dan kita boleh kongsikan apa jua yang memberi munafaat bersama.



Dan saya kongsikan di sini aura decor di cozy corner dewan makan yang saya suka melihat cara penampilannya. 

Alhamdulilah. Kami berpisah dengan memory indah bersama wanita PBB Sarawak yang peramah dan berpotensi. Semoga ia menjadi sebahagian dari kekuatan Parti PBB dalam membangunkan Peradaban Islam dan gigih menyatu-padukan berbagai pemikiran dalam satu wadah yang sedikit demi sedikit menjurus kepada penemuan KeredhaanNya.

Semoga Allah memudahkan segalanya.
Aameen.....

....

4 comments:

noraini said...

salam sobah

Thumbs up.l like what you wrote. teruskan bermawaddah

ngasobahseliman said...

Terima kasih singgah. Akan sentiasa cuba begitu. Sama-sama doa. Salam.

wati said...

Saya pun suka apa yg di coretkan.pengisian yg bagus

ngasobahseliman said...

Terima kasih Dear Wati suka apa yang saya tulis. Doakan saya sihat dan mampu terus mencatat peristiwa-peristiwa yang boleh dikongsikan munafaatnya.
Semoga Allah kurnia ruang dan peluang. Aameen....

Related Posts with Thumbnails