"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, January 18, 2014

Tertegaknya sepohon pokok di taman........





Ini tanah lapang di kawasan Tadika SmarTop. Mengapa dibiarkan kosong dan tidak dimunafaatkan... tiba-tiba teringat untuk berbuat sesuatu. Lalang dan tumbuhan liar pun sudah dibersihkan. Syabas pada staff SmarTop yang berfikiran sepadu untuk menunjuk contoh pada anak-anak bahawa kebersihan itu penting. InsyaAllah kami akan tanam rumput sesuai untuk padang permainan. Mungkin dimasa hadapan kita akan bina bangunan untuk Sekolah Rendah. Semoga Allah kurnia Dana yang diperlukan. Aameen....

Sementara itu kami berhajat menanam pokok buah-buahan di sekeliling kawasan untuk munafaat bersama. Anak angkat teman saya, Weedat datang bersama tempuh hari dan dia berminat membantu memilih pokok-pokok yang bersesuaian.



Kelihatan di sini Weedat (bertudung biru) sedang berunding dengan pengusaha penjual anak-anak pokok buah-buahan di Tangkak untuk mendapatkan nasihat dan memilih pokok yang terbaik. Weedat berkelulusan Akitek Landscape dan mudah bagi kami mendapat bantuannya. Alhamdulilah.

Kami membeli anak-anak pokok rambutan dari Thailand dan baka mempelam harum manis dan saya rasa amat teruja walaupun belum tentu saya dapat merasai hasilnya. Kami diberitahu lebih kurang 2 tahun setengah barulah nampak hasilnya jika semua dijaga dengan baik.....dengan izin Allah.

Tidak mengapa.....kami berbakti pada tanah.

Saya diingatkan bahawa ada Hadith yang mengatakan 'jika ada benih ditangan kita dan kita diberitahu esuk akan Qiamat, kita disuruh meneruskan menanam benih tersebut.' 
Hadith riwayat Imam Bukhari RA yang lain  mengatakan:
" Menanam pokok bernilai sedekah dan membuahkan pahala agong dari Allah swt walaupun hanya binatang yang makan, walaupun di curi orang...semuanya dikira sedekah."
Saya yakin dengan fakta bahawa banyak hikmah ketuhanan disebalik penciptaan pohon yang sangat berguna untuk kehidupan insan. Banyak ayat-ayat alQuran yang bercerita mengenai POHON hingga Imam Bukhari RA mengatakan:
" Kehidupan manusia di dunia ini adalah sementara sahaja, seperti manusia yang sedang berjalan jauh lalu berteduh di bawah pohon yang rendang untuk melepaskan lelah kemudian berjalan lagi menuju ketempat tujuannya." 




Maka kami di SmarTop berusaha sedayanya  untuk menanam pokok-pokok rambutan dan mempelam  untuk permulaan. Di sini kelihatan Weedat dan 'teacher Atok' (Dato Safarudin) menanam pokok rambutan. Hanya satu lubang sahaja yang tertanggung kederat yang ada. Tujuh lagi lubang akan kami minta pertolongan tenaga buruh tempatan. Semoga ada peluang.

Selain pokok kami akan cuba menanam pokok-pokok sayur untuk kegunaan harian. Kami akan minta pertolongan juga tenaga ini untuk menggempur tanah dan buat batas-batas untuk benih-benih sayur. Kami telah membeli tanah satu lori kecil untuk projek ini. Semoga berjaya.

Satu usaha yang mencabar kesabaran.(No Pain, No Gain).

Saya pun bercerita pada Weedat konsep "Everyday Greatness" yang pernah saya tulis sebelum ini. Weedat datang hanya untuk bertukar angin dan mengerat silaturrahim. Tetapi akhirnya ia dengan sukarela berbakti pada SmarTop dengan menanam pokok menggunakan ilmu yang dipelajari di UPM.

Berbakti untuk kemanusiaan tidak menanti usaha yang besar dan modal yang besar. Yang perlu hanya semangat yang gigih dan minda yang terbuka untuk apa jua.

Kata ustaz 'Safulislam.com' Erti Hidup Pada Memberi.

Dua atau tiga minggu lagi insyaAllah  saya akan ke Tangkak jika kelapangan. Sebab saya sudah berjanji membantu anak menantu saya menjaganya berpantang. InsyaAllah seminggu lagi akan sampai kelahiran cucu saya yang kesepuluh. Semoga Allah memudahkan segalanya.
Aameen....

..........

No comments:

Related Posts with Thumbnails