"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, January 22, 2014

Genap 10 tahun Emak tiada.....



Sepuluh tahun emak tiada disampingan
Sunyi dihati tidak karuan,
Tidak terubat walau ke hujung dunia aku mencari
Kerana pasti emak ku tidak ada galang ganti.

Aku sering pulang ke kampung halaman
Menjejak kesan-kesan emak semoga terhibur dan hati ini damai
Tetapi sunyi dihati berterusan...
Rumah asal emak pun sudah tiada lagi.
Di bina rumah anak-cucu mengikut edaran warisan kini

Aku rasakan tidak mahu menjejak ke pusaranya
Tidak mahu kehilangan wajah emak di pintu muka
Melihat senyumnya girang meyambut aku tiba
Bila dahulu ku pulang dia pasti ada
Kini sepi, aku terdiam terpinga-pinga.
Ke manakah Rindu ini akan ku bawa....
Tempat mengadu seikhlasnya sudah tiada....

Emak....
Di umur kini anak emak yang ini masih belum lupa
Bila kesempitan, melihat wajah emak pun hati jadi lega
Masaalah menggunung sepertinya hilang tidak terasa.
Tenang walaupun hanya beberapa ketika
Di hati ini ia ibarat sepanjang masa.

Emak...
Anak ini akan tetap ingat segunung jasa
Selautan kasih yang tiada tolok bandingnya
Ibarat di muka Bumi ini tiada emak seperti tidak punya apa-apa....

Namun Doa mu sentiasa ku rasa
Ku rasa setiap kali aku keseorangan meminta-minta 
Pada Allah yang maha Perkasa, 
Doa ku sentiasa memohon Allah mengiktiraf aku sebagi hamba setia
Mengiktiraf aku anak yang soleh dan doa ku untuk emak didengariNya
Kerana itu janjiNya yang aku pohon untuk emak selamanya

Tidak putus-putus doa untuk emak semoga kesampaian
Di alam Barzah sejahtera aman damai menanti detik pertemuan
Di Syurga Firdaus tanpa hisab kita berdakapan,
Menghilangkan rindu di hadapan Tuhan yang maha Kasih Sayang.

Aameen Ya Allah, Aameen Ya Rahman, maha Pencipta sekelian alam

Kami ingin abadi di sisiMu dengan Rahmat Mu yang tiada sempadan.
Bersama bapak dan semua yang kami sayang.

Aameen, Aameen...ya Rabbal'alameen.



...

4 comments:

Al-Manar said...

Saya ditinggalkan lebih 50 tahun dahulu. Yang tinggal ingatan dan doa Semoga doa kita semua dimakbulkan Nya

ngasobahseliman said...

Salam. My father passed away 50 yeasa ago. I was going 16 and I missed him too. May he be at peace and may Allah be pleased with him. Aameen....

Makbonda61 said...

Ameen........Sangat tersentuh

Semoga doa yang tidak putus-putus dari 'seorang aku' itu diperkenankan oleh Yang Maha Mendengar.

ngasobahseliman said...

Aamiin. Semoga Allah kurnia Redhanya dan emak sejahtera hingga ke Syurga. Akak tumpang seronok Simah yang masih ada Ibu.Salam.

Related Posts with Thumbnails