"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, March 21, 2014

Apabila kelopak bunga & daunnya mula berguguran.....




Apabila senja mula larut dan ibarat pohon bunga serta daunnya mula berguguran, sampailah masanya seorang itu menerima hakikat penghujung jalan hampir sampai dan jangan putus-putus melihat apa yang harus dilakukan.

Kelmarin saya seorang diri duduk menanti no giliran saya dipanggil untuk mendapatkan bekalan ubat bulanan di Farmasi Pusat Perubatan University Malaya Kuala Lumpur. Suami saya menanti dikereta entah di mana kerana amat sukar mencari tempat pakir. Saya melihat ke hadapan, ke kiri dan ke kanan kalau-kalau ada teman yang saya kenali untuk berbual menghilangkan kepenatan dan kebosanan menanti. (Seharusnya dibawa bertenang menghadapi segala ujian dan ketentuan Allah). Allah mendengari hasrat hati dan melintas di hadapan saya teman sekerja semasa di Kementerian Pendidikan. Ia nampak tergesa-gesa dan tanpa menoleh kiri kanan ia duduk di baris hadapan berhampiran tempat saya duduk.

Sepontan saya memanggil namanya dan dia menoleh tersenyum lebar. Agaknya rasa lega ada kenalan bersama ditempat yang tiada siapa suka ke situ. Saya ajak dia duduk dengan saya kerana ada kerusi yang kosong. Kami berpelukan. Saya panggil dia Kak Pah kerana ia 5 tahun lebih tua dari saya.

Pasti pertanyaan yang keluar dari mulut boleh dijanka. Ambil ubat apa? Jumpa doktor mana ? Tak sihat ke ?

Saya katakan saya tidak berjumpa doktor hanya mengambil bekalan ubat bulanan. Dia memberitahu dia menghantar suaminya yang sakit pinggang. Saya mengenali suaminya sejak saya mula bekerja di Jabatan Perdana menteri dan dia adalah 10 tahu lebih tua dari saya.

"Mana Tuan Haji ? " Saya bertanya.

Kak Pah menoleh dan menunjukan pada saya suaminya di hujung barisan duduk yang sama. Kebetulan dia sedang memandang ke arah kami duduk dan  dia senyum lebar. Saya lihat dia segera bangun dan datang ke arah kami duduk.

"Tuan Hj saya tu dan tidak kenal ramai orang," kta Kak Pah. Saya sudah agak begitu kerana selama setahun saya sudah tidak nampak kelibatnya di Masjid. Dia sudah tidak lagi bersarapan pagi dengan kami di sudut "Speaker's corner" di Masjid. Sebahagian kami rindu padanya kerana dahulunya dia suka melawak.

Apabila hampir tempat saya duduk, Kak Pah bertanya sama ada ia kenal saya. Saya cuma sunyum da saya tenung mukanya.

"I ingat rupa tapi tak ingat nama," Ia nampak seperti kebingungan.

"Ngasobah...tak ingat?" kata Kak Pah. Serta merta ia senyum lebar.

" Ingat", katanya tetapi riak air mukanya tidak meyakinkan saya ia masih ingat saya.

Kak Pak segera bangun dan pergi ke tempat duduknya kerana takut bag nya terambil orang lain.

Begitu peristiwa kelmarin yang saya kongsikan di sini. Tuan Haji yang peramah itu kata Kak Pah sudah banyak kehilangan ingatan. Dalam hati saya ini pasti Sakit Alzhaimer. Tetapi saya diam sahaja tidak bertanya lebih kerana saya sudah faham perihal orang seperti itu. Ia boleh lupa siapa isterinya, siapa anaknya dan berbagai lagi. Ada kalanya dia akan lupa di mana rumah. Oleh itu Kak Pah tidak membenarkan suaminya memandu seorang ke mana-mana.

Pada hari yang sama Kak Pah juga menghantarkan kakanya masuk wad kerana sakit berbagai rupa termasuk kencing manis, darah tinggi dan jantung. Kak Pah merupakan waris tunggal kerana kakanya tidak punya suami atau anak. Yakin dengan pertolongan Allah, Kak Pah punya anak saudara yang bertugas di hospital tersebut dan ia memudahkan urusan pentadbiran. 

Alhamdulilah. Allah menguji kita setakat yang kita mampu. Walaupun rasa berat Allah menjajikan pertolongan dengan kesabaran dan sangka baik padaNya.

Begitulah perihal kehidupan di masa senja yang sangat larut dan bilangan waris makin hari makin berkurangan. Kadang-kadang diumur senja kita boleh rasa terpinggir dan ada juga mereka yang dipinggirkan. Alhamdulilah jika ada anak-anak yang ambil peduli seperti Kak Pah. Seorang anaknya adalah doktor dan dia banyak membantu dan ini memberinya ketenanagan.

Namun saya yakin Allah tidak akan menganiyaya hambanya. Suhanallah. Saya kata pada diri sendiri: Usaha sahaja dan yang lainnya kita pasrah padaNYa. Dia maha kasih maha pengampun dan maha mengasihani.

Mohon perlindungan Mu ya Rabb...

...

No comments:

Related Posts with Thumbnails