"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, March 3, 2014

Karenahnya menambat hati....





Malam Sabtu yang baru lepas saya bersetuju untuk "baby-sit" cucu-cucu yang kesemuanya hero-hero belaka di Putrajaya. Dua diantaranya adalah OKU...'orang kelainan upaya'. Itu istilah kini dan saya rasa selesa menggunakannya.  Ibunya mahu mera'i teman-teman sepengajian dan memberitahu mereka kini ia sudah berpindah ke presint 15.

Majlis selesai hampir jam 11 malam dan saya merasa lega kerana tugas utama saya ialah menentukan Akif yang  otistik tidak keluar rumah dan menghilangkan diri. Saya kena pastikan juga Huzaifah tidak terlalu aktif dan mengganggu keharmonian perjalanan majlis. Saya sentiasa cemas kerana Akif kadang-kalanya ada  kebolihan McGyvor mencari jalan keluar dari tingkap dengan mengecilkan badannya menerobosi grill besi yang dipasang. Dan kemudian dia akan pergi ke tempat yang kita tidak dapat menduga. Masaalahnya dia tidak tahu jalan pulang dan rasa dia tidak perlu pulang. Allahuakbar, itu "kelebihan" anak-anak istimewa. 

Saya makan lewat malam itu sementara anak dan menantu saya berkemas rumah sebelum tidur. Bila sampai waktu tidur kesemuanya mahu tidur dengan Tok Ayah. Tidak makan pujuk supaya tidur di bilik biasa. Bilik di bawah itu kecil dan hanya muat secukupnya untuk katil saiz Queen. Huzaifah dan Akif menyembunyikan diri dalam selimut supaya kami ingat nanti mereka sudah naik tidur di atas. Mana mungkin kami tidak tahu helah ini. Asim mengendeng di tepi pintu minta masuk tidur sekali. Rasa kasihan dan rasa kasih istimewa meresap kehati. Maka saya biarkan sahaja mereka bersempit-sempit berebut-rebut memeluk Tok Ayah dan cepat-cepat beraksi seolah-olah sudah tidur. Saya senyum sendirian, bersyukur rupanya itu nikmat kasih sayang yang Allah anugerah untuk dinikmati. 

Maka saya mengalah dan membentang toto tidur di bawah sebelah katil. Rasa sejuk meresap dibadan dan diumur senja ini, tidur di atas simin memerlukan pengorbanan. Demi kasih cucu-cucu, dan demi menghayati detik-detik yang mungkin tidak berulang lagi....saya pejamkan mata dan tidur hingga waktu yang saya perlu bangun. Alhamdulilah.

Karenahnya menambat hati....






Keesukan harinya Huzaifah mahu menunjukan kejayaan istimewanya pandai naik basikal dan ayahnya sudah membenarkan dia berbasikal pergi ke kedai sejauh lebih kurang 500 meter. 

Baru sahaja mengayuh beberapa depa, sudah putus / terkeluar rantai basikal dari landasannya. Maka cepat-cepat ia cuba membetulkannya kerana ketika kitu saya dan suami sudah bersedia hendak menaiki kereta untuk pulang.



Tidak berjaya dan Tok Ayah harus membantunya. Selesailah dalam masa 3 minit dan kemudian ia bergaya menaiki basikalnya dengan laju di hadapan rumah. Saya seronok melihat gelagat Huzaifah. Tidak seperti anak OKU jika orang biasa yang melihatnya. Oleh kerana ia terlalu aktif dan bermasaalah untuk memfokus perhatian, maka ia mengalami masaalah pembelajaran. Dalam umur 8+ tahun ia masih belum lancar membaca terutamanya jika perkataan itu panjang melibatkan 4 atau lebih suku kata. Semoga minatnya dalam perihal lain dapat membantunya memfokus pada sesuatu yang perlu dilakukan. Anugerah Allah berbeza-beza dan kami melihat dari segi yang positifnya. Ada firman Allah dalam AlQuran yang bermaksud bahawa tiada ciptaan Allah swt yang sia-sia. Subhanallah.... Semoga sessi terepi yang diikutinya dan juga di ikuti oleh Akif dapat membantu keduanya mengatasi masaalah yang di hadapi oleh diri masing-masing. Semoga pertolongan Allah sentiasa dekat dan anak-anak ini mendapat Perlindungan dan Rahmatnya yang tidak terhingga.



Alhamdulilah. Pagi ahad yang riang dan semoga cucu-cucu ini ingat akan peristiwa ini nanti semasa kami sudah tiada. Semoga umur kami dan umur mereka bermunafaat untuk kemanuasiaan dalam mencari redha Allah. Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan dan semoga di Syurga firdaus kami bertemu semula.

Aameen, ya Rabb....

....

2 comments:

Al-Manar said...

For a few years I was a committee member of an OKU home here. You go through what I wonderered how it felt to have such a child in the family. It is all patience and worry. HE knows what we do not know of the answers to our 'why' questions.

ngasobahseliman said...

Assalam,
Sekarang saya kurang bertanya why especiall hal-hal berkaitan Allah vis-a vis ciptaannya. Cuma tanya why untuk memahami prinsip-prinsip sains.Allah maha Aalim dan kini setelah berusaha saya berserah bulat dan doa. Tiada ciptaanNya yang sia-sia.
Salam dari Tangkak. Hari ini berbual hati kehati dengan seorang guru. Rahsia pertemuan hanya Allah yang tahu.



Related Posts with Thumbnails