"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, March 26, 2014

Kesedihan berlipat ganda....






YAB Perdana Menteri Malaysia sudah memaklumlkan berita yang dikira muktamad (beyond reasonable doubt) bahawa pesawat MH 370  berakhir di Lautan Hindi Selatan, di Barat Perth, Australia. Semoga Allah cucuri Rahmatnya atas mereka yang beriman. Belum ada bukti muktamad tetapi dipercayai lambat laun akan terbukti juga. Itu mengikut kiraan intelek manusia. Saya ingin tahu dan sabar menunggu. Takziah bagi semua waris penumpang pesawat tersebut di mana jua mereka berada.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Cuma masa yang belum menjadi kepastian. Saya mengingatkan diri saya dan siapa jua yang belum berfikir untuk beringat2.

Dalam masa yang sama saya rasa sedih....amat sedih mendengar berita seramai 459 ahli Ikhwan Muslimun didapati bersalah dan dijatuhkan hukum MATI kerana menyebabkan kematian pada penunjuk perasaan membela Perdana Menteri Muhamad Morsi yang dilantik sah oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum yang diiktiraf dunia. Saya mendengarnya di Aljazeera, juga di CNN dan BBC. Keputusan menjatuhkan hukuman dibuat tergesa-gesa dan proses perundangan tidak diikuti sepenuhnya. Itu kata jurucakap Human Rights Watch.

Semoga Allah sentiasa bersama mereka dan PertolonganNya itu amat dekat.

Rasa amat tersedih. Ikhwan Muslimun bukan terrorist seperti didakwa oleh General As SISI yang merampas kuasa dari PM Muhamad Morsi. Negara-negara Arab League juga ada yang mempertikai dasar perjuangan Ikhwan. Allah maha Mengetahui maha Mendengari.

Sejarah telah membuktikan yang Benar itu Benar, dan yang Batil itu Batil. Tidak perlu saya kata panjang lebar di sini kerana sudah diperkatakan dengan panjang lebar oleh mereka yang alim dan arif dalam hal ini.

Janji Allah itu benar...Azab Allah itu benar.
Kuasa manusia bukan kuasa mutlak. Ia akan dipertanggongjawabka pada Hari yang tiada siapa bolih menolong.
Sama-sama kita muhasabah diri dan mohon pertolongan yang maha Pencipta dan maha Berkuasa. 
Mohon keampunan Mu ya Rabb.

....

2 comments:

Al-Manar said...

Apa yang berlaku di Mesir amat menyedihkan. Ikhwan Muslimun mempunyai sejarah sedih sejak Hassan Albanna yang dibunuh 70 thun dahulu. Persatuan Islam tulin ini patut memberi kesedaran kepada kita dimana terletaknya kepentingan orang Islam bersatu. Saya percaya kesatuan ini akan terus bankit seramai manapun ahli dan pemimpin mereka di bunuh. Semoga Tuhan melindungi mereka yang berjihad sebegitu gigih.

ngasobahseliman said...

Aameen...Semoga mereka mendapat tempat istimewa di sisi Allah jua. Kalau boleh saya juga ingin begitu...

Related Posts with Thumbnails