"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, March 11, 2014

Berbakti...cara apa jua.



Setiap minggu anak saya membawa anak-anaknya belajar beranang. Guru renang mengenakan bayaran untuk anak-anak biasa dan anak-anak istimewa.  Dia rasa teruja dan bersyukur apabila guru renang ini memberi waktu khas untuk anak-anak istimewa tanpa apa-apa bayaran kerana mahu menentukan anak-anak ini berjaya beranang kerana mereka memerlukan waktu yang lebih untuk mencapai satu-satu tahap kecekapan. Ibu bapa akan membantu mencuba sedaya upaya anak-anak ini yakin berada dalam air.

Saya rasa kagum dengan sikap mereka yang suka berbakti, cara apa jua pun. Guru ini punya hatibudi mulia dan suka memberi peluang pada anak-anak istimewa. MasyaAllah. Semoga jalan mencari redha Allah dipermudahkan baginya.

Ini anak saya membantu Huzaifah supaya cepat mencapai satu-satu tahap kemahiran. Semoga anak saya punya kesabaran mengasuh dan membesarkan dua orang anak istimewanya. Mohon kasih sayang Mu ya Rabb......



Maka 2 minggu dulu saya rasa amat bersyukur seorang ibu Tadika SmarTop bersusah payah tampil membantu kami membawa anak-anak ke kolam renang walaupun ia punya anak kecil yang sedang menyusu ibu. Kami bermasaalah pengangkutan. Ia prihatin untuk berbakti tanpa mengira tidak-keselesaan diri. Itulah semangat Parents Support Group yang membantu kami. Alhamdulilah. Di bawah ini saya rakam untuk ingatan pada anak-anak.





Erti hidup pada memberi. Saya pinjam tagline Ustaz Hasrizal dalam SaifulIslam.com. Sungguh benar kata-katanya. Dalam alQuran pun kita dituntut agar berinfak dalam masa senang dan dalam masa susah. Semoga Allah membuka ruang dan peluang untuk kita sentiasa berbakti demi kemanusiaan kerana Allah jua.

Mohon Redha Mu ya Rabb...

....

2 comments:

Al-Manar said...

Sudah habiskah menulis tentang kapalterbang yang hilang? Saya dah hilang kemahuan membaca pelbagai cerita tentang kemalangan itu. Ramai disekeliling kita yang lebih memerlukan belas kasihan dan tumpahan setitik dua peluh kita.

ngasobahseliman said...

Saya luahkan "perasaan" pada suami sahaja. Bukan tidak memahami kesulitan mencari, cuma pegawai kerajaan semacam kurang wibawa mengendali. CNN komen tak bagus kerana banyak maklumat bercanggah antara pegawai.Entahlah. Nak banyak cakap pun kita tidak terlibat langsung. Maka diam lebih baik dan doa sahaja Allah mudahkan kerana semua kita terlibat kerana kita warga Malaysia dan tentunya banyak perbelanjaan yang ditanggong kerajaan Malaysia.

Allah yang maha mengetahui dan pastinya Dia mahu kita menyedari dan menginsafi hakikat bahawa dia yang maha Pencipta, maha Bijaksana dan maha Berkuasa atas segalanya.

Terima kasih singgah.

Related Posts with Thumbnails