"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Monday, March 24, 2014
Masih terpaku menanti....
Hampir tiga minggu mencari, dipergunungan dan dilautan sunyi sepi.
MH370 belum muncul lagi. Saya tidak ada waris yang menaiki tetapi rasa sedih ada dihati.
Bukan sedih dan mencari salah siapa yang harus dipertanggogjawabkan dalam hal ini.
Cuma sedih kerana kali ini saya langsung tidak tahu bagaimana mahu meletak kedudukan diri.
Bagaimana mahu menolong, bagaimana mahu bersimpati.
Sekadar ingatan dan doa semoga peristiwa ini berakhiran dengan suatu yang akan menjadikan setiap insan mengenali diri.
Mengenali diri siapakah yang lebih berilmu, lebih berharta, lebih berkemampuan dan lebih berkuasa dalam hal ini.
Malah semoga setiap insan yang tahu akan peristiwa ini tahu siapa yang maha Pencipta, maha Mengetahui dan maha Bijaksana mengendali hidup dan kehidupan yang terhampar di dunia ini.
Lebih dari itu setiap insan harus menginsafi hal kejadian ini.
Dan muhasabah semoga mengerti siapa yang berhak atas nyawa ini dan memahami hakikat hidup dan mati.
Tidak perlu marah-marah, tidak perlu kecewa dan tidak perlu menuding jari.
Mengapa lembab bertindak hingga kehilangan detik masa yang katanya penting sebagai landasan bahan bukti.
Semuanya seperti mahu menyalahkan yang punya Pesawat dan yang punya kuasa mengendali.
Seolah-olah itulah sabab-musabab tragedi ini menghantui fikiran semua yang mahu peduli.
Saya masih terpaku menanti dan setiap hari mencari berita terkini berebut masa dan berkejaran kerja agar dapat membaca dan mendengari jika sudah dapat mencari kesan di mana pesawat ini menyembunyikan diri.
Maka teringat peristiwa Firaun yang sudah beribu tahun tenggelam di laut dapat dijumpai.
Allah maha Menghendaki dan semua peristiwa bukan kebetulan di sisiNya, semua punya pengajaran yang perlu diteliti.
Semoga kita tidak bermegah dengan kepintaran aqal dan jangan suka mendabik dada akulah yang terhebat di dunia ibarat bertuhankan diri sendiri.
Subhanallah, Allahuakbr...Ayuh kita bertafakur mengingati,
Mengingati peristiwa dan menginsafi,
Kita insan kerdil dan pada Tuhan kita meminta pertolongan dan berserah diri,
Hidup ini untuk pengabdian, untuk berkongsi apa yang Tuhan kurnia dan jangan engkar walau sekali.
Mohon keampunan Mu ya Rabb...semoga Engakau mengasihani,
Semua kami......
..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment