Kelihatan tampan dan gembira. Ini Hanafi cucu saudara, cucu Allahyarham Kak Yah (kakak no 2 tua) yang telah pergi meninggalkan kami semua dalam tahun 1981. Hanafi pun tidak mengenalinya. Sempena hari perkahwinannya saya upload gambar Atuk perempuannya sebagai ingatan baginya dan bagi pasangannya. (Ini sahaja foto Kak Yah yang ada dalam simpanan. Waktu itu Ia sudah mula uzur akibat stroke yang dialaminya).
Cerita kali ini untuk anak cucu keluarga besar mengingati sejarah keluarga, walaupun sedikit. Saya mengharapkan ahli keluarga tua dan muda peka pentingnya legasi keluarga. Tidak bererti kalau golongan tua tidak pintar teknologi itu bermakna mereka tidak punya ilmu dan kebijaksanaan bagaimana kita harus melalui liku-liku hidup. Semoga golongan yang muda akan faham apa jua cara berfikir dan apa jua pegangan hidup, pastikan ia syar'ie.
Majlis menyambut menantu diadakan hujung minggu lepas di Johor Bahru. Ramai saudara mara yang hadir. Alhamdulilah.
Ibu Hanafi adalah keturunan Cina asli dan saudara mara dari sebelah ibunya ramai yang berkunjung dari Singapura. Saya rakam gambar di bawah ini dan semoga satu hari nanti mereka akan mengikut jejak ibu Hanafi. Anis namanya dan amat peramah dan penyayang orangnya. Dialah yang banyak menjaga suami kakak Yah semasa hari tuanya. Anis berkahwin dengan anak saudara saya yang bernama Thaldiri. Panggilan singkatnya 'Dadi'.
Anak-anak Anis bersekolah rendah Cina dan boleh bertutur Mandarin dan di rumah Anis membiasakan mereka dengan bahasa ibundanya. Semoga dengan dialect ibunda dan Mandarin mereka akan berdakwah pula sekurang-kurangnya pada semua ahli keluarga besarnya yang berada di Singapura.
Ini dua orang anak perempuan Anis dan Dadi.
Dalam keluarga besar ada yang pandai Arab, Mandarin, Jepun dan Inggeris. Besan saya juga keturunan Cina. Maka bahasa Jawa legasi keturunan pendatang pun kini lupus.
Sebulan sebelumnya seorang lagi cucu Allahyarham KakYah juga telah melangsungkan perkahwinannya. Saya tidak dapat hadir maka saya rakam foto keduanya di bawah ini untuk ingatan anak-anak saya yang juga tidak dapat hadir.
Ini Maizura dan Shukri pasangannya.
Semoga bahagia hingga ke syurga untuk kedua-dua pasangan ini. Di bawah ini saya rakam foto keluarga untuk ingatan anak cucu.
Kelihatan di sini Sudin, menantu Kak Yah yang baru bersara akhir tahun lepas. Allah uji Sudin dengan berbagai ujian yang berkaitan kesihatan. Semoga ia bersabar dan akan terus sihat dan dapat berbakti pada keluarga seperti semasa ia sihat dahulu. Midah isterinya berdiri no. dua dari kiri, sebelah suami saya.
(Abg Sudin berdiri kanan sekali. Di kanannya Fatihah, anak perempuan tunggalnya).
Lelaki yang duduk adalah abang ipar saya yang baharu kehilangan isteri tahun lepas. Melihatnya pasti teringatkan Allahyarham kakak saya yang dalam keluarga dipanggil Mak Mong.
Semoga anak-anaknya prihatin menjaga ayahnya yang sekarang tinggal seorang.
Yang duduk kiri sekali ialah Pizah anak perempuan Allahyarham kakak Yah. Semasa Kak Yah meninggal dunia semua anak-anaknya yang sepeuluh orang itu belum habis persekolahan rendah dan menengah, melainkan dua anak lelaki tertua yang kini telah juga meninggal dunia.
Yang duduk kiri sekali ialah Pizah anak perempuan Allahyarham kakak Yah. Semasa Kak Yah meninggal dunia semua anak-anaknya yang sepeuluh orang itu belum habis persekolahan rendah dan menengah, melainkan dua anak lelaki tertua yang kini telah juga meninggal dunia.
Yang berdiri itu Abang Utik. Anak Kak Yah lelaki tertua yang masih ada. Saya mengharapkan ia dapat berkunjung ke rumah untuk sembang santai hal-hal keluarga. Selalu sahaja ia sibuk. Semoga ia tidak lagi disibukan. Itu doa saya semoga adik beradik dapat munafaat kebaikan seorang abang tertua. Semoga mereka ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Iaitu sihat sebelum sakit, senang sebelum susah, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.
Dalam foto atas Amira yang duduk depan sekali. Juga cucu Kak Yah yang baru lulus kedoktoran tetapi belum habis housemanshipnya. Allahyarham Kak Yah pasti seronok ada cucu yang jadi doktor. Dulu semasa dia sakit tidak ada cucu doktor untuk beri semangat. Itulah suratan hidup. Kebergantungan kita hanya pada Allah.
Amira adalah doktor perubatan yang tunggal dalam keluarga besar buat ketika ini. Seorang cucu saudara, Faiz sekarang dalam tahun akhir untuk jadi doktor. Semoga ramai lagi doktor akan muncul selain jurutera yang sekarang sudah beberapa.
Harapan saya semoga ada yang cukup prihatin untuk jadi ahli bahasa antarabangsa yang kini belum ada. Berkejaran mencari ilmu adalah juga satu bentuk jihad.
Seorang cucu saudara juga sedang giat belajar dibidang culinary crafts. Semoga ia berjaya kemudian nanti boleh membangunkan seni masakan dalam sebuah hotel antara bangsa miliknya sendiri yang mematuhi kehendak Syar'ie sepenuhnya.
Bersama dengan bidang lain semoga cucu-cucu dan cucu saudara dapat menerokai bidang perniagaan dan perindustrian dan dapat mengmbalikan kekayaan orang Islam pada orang Islam demi mencari redha Allah jua. Aameen.
Harapan saya semoga ada yang cukup prihatin untuk jadi ahli bahasa antarabangsa yang kini belum ada. Berkejaran mencari ilmu adalah juga satu bentuk jihad.
Seorang cucu saudara juga sedang giat belajar dibidang culinary crafts. Semoga ia berjaya kemudian nanti boleh membangunkan seni masakan dalam sebuah hotel antara bangsa miliknya sendiri yang mematuhi kehendak Syar'ie sepenuhnya.
Bersama dengan bidang lain semoga cucu-cucu dan cucu saudara dapat menerokai bidang perniagaan dan perindustrian dan dapat mengmbalikan kekayaan orang Islam pada orang Islam demi mencari redha Allah jua. Aameen.
Ini Oji dan Shila. Cucu Kak Yah bersama cicit-cicit yang tidak mungkin merasai kemesraan seorang nenek. Oji berdiri no 3 dari kanan dan Shila berdiri kanan sekali. Di sebelah kanannya anak perempuannya yang baru pertama kali saya berjumpa. Oji dan Shila pernah tinggal sebentar dengan saya tetapi mereka tidak kerasan dan pulang ke Johor Bahru dan tinggal di rumah keluarga.
Semoga mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan Allahyarham neneknyanya dan atuknya. Dan yang amat penting bapanya yang kini telah kembali ke rahmatullah.
Di tengah itu Alus nama timangannya, berposing dengan dua anaknya.
Alus ibu pada Maizura, pengantin perempuan, cucu saudara saya yang di atas tadi. Suaminya Yusop tidak kesempatan berfoto sekali.
Di atas ini abang saya Amat Suyoto dan menantunya. Abang saya tinggal di Shah Alam. Ia seorang sahaja lelaki dalam adik beradik saya. Kini berumur 70 tahun.
Ini Jaafar berbaju belang, menantu Kak Yah yang tinggal di Kuantan. Saya suka ke rumahnya. Isterinya Ita pandai masak dan itu yang saya cari bila ke Pantai Timur. Tetapi sekarang sudah jarang-jarang ke sana kerana dalam umur kini sudah kurang keperluan. Di kanannya Hafiz dan ibunya Ita. Tetapi mereka bukan dari jalur Kak Yah.
Ini keluarga Rahbani, Bani nama singkatnya. Tidak kelihatan di foto. Yang kelihatan itu ialah Joharni, menantu Kak Yah dan bapa pada Amira.
Itulah sedikit coretan untuk generasi pelapis, legasi bapak tua, yang dahulu dikenali di kampung sebagai Wak Leman.
Umur saya kini makin mendekati ke penghujingnya dan mungkin tidak dapat menyertai penyatuan keluarga seperti ini. Semoga semuanya dapat menghayati dan mencontohi perjuangan Rasulullah salallahualaihiwasalam, para Sahabat dan pewaris Nabi hingga kini. Semoga semuanya dilandasan yang lurus mencari Redha Allah jua. Aameen.
Mohon keampunan Mu ya Rabb....
...
2 comments:
Saya rasa inilah salah satu kelebihan blog. Alangkah bergunanya kepada pasangan itu membaca apa yang tertulis disini, termasuklah apa yang mereka tidak munkin tahu
Betul tu. Saya catat mana yang termampu. Saya rasa perlu catat kerana saya rasa seperti pautan kasih dalam keluarga besar makin hari makin berkurangan. Semoga Allah menunjuki jalan dan generasi seterusnya tidak terikut-ikut nilai hidup yang banyak di pengaruhi teknologi.
Terima kasih singgah lagi.
Post a Comment