Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan dalam melapurkan dan menulis berita atau rencana. Ada yang menekan berita semasa yang biasa-biasa, ada yang menekankan berita keganasaan sesuatu kaum di Afrika atau di negara lain, ada yang suka menekankan perihal wanita dipinggirkan dalam masyarakat dan berbagai lagi dan berbagai lagi........
Saya telah lama menyimpan perasaan tidak selesa atau tidak puas hati melihat bagaimana sesetengah syarikat berita ini memberi komen mengenai sesuatu perkara. Ini saya sudah sedari lama kerana saya memang berminat tentang journalism dan bidang penulisan umumnya. Dari muda saya suka membaca hal-hal semasa, terutamanya politik. Saya tidak aktif dalam politik tetapi saya suka membaca hal-hal politik kerana ini ada kaitan terus dengan hal-hal rebutan kuasa. Sejak perang di Vietnam dalam tahun lewat enam-puluhan saya suka mengikuti hal-hal pergolakan kuasa dunia. Mungkin disebabkan ketika itu saya belajar di Amerika Syarikat dan merasai sedikit sebanyak pergolakan sosial pelajar -pelajar yang mesti berkhidmat dalam "National Service" dalam umur 18 tahun. Sedikit sebanyak saya mendengari juga sungutan teman-teman sepengajian berkaitan dengan kontroversi penglibatan AS di Vietnam. Akhirnya antara sebab AS terpaksa berundur dan mengaku kalah ialah kerana tentangan hebat dari rakyatnya sendiri.
Maka dari sejak itu saya peka tentang pentingnya penulisan / journalism dalam mempengaruhi minda manusia. Saya suka mengaitakan hal ini dengan apa yang berlaku sekarang di Malaysia dan kaitan strategy penulisan atau lapuran syarikat-syarikat berita di luar atau dalam negeri.
Cuma saya ingin menyentuh bagaimana CNN mnelaporkan ketidak-puasan hati rakyat negara China yang punya waris dalam pesawat MH370 itu. Hari-hari CNN akan menyentuh aspek ini agak belebihan sedikit pada hemat saya seolah-olah Kerajaan Malaysia amat tidak berwibawa dalam mengendalikan masaalah yang dihadapai dalam mencari kehilangan pesawat ini. Saya perhatikan seperti senghaja dicari-cari cerita waris penumpang yang hysterikal dan yang amat kecewa menghadapai musibah yang berlaku. Maka jika penulisan itu menumpu dalam aspek ini maka rakyat China pun boleh terpengaruh. Maklumlah hati sedang serabut dan mereka ini tidak sama dengan waris rakyat Malaysia yang juga kehilangan ahli keluarga dan sahabat-sahat akrab. Mengapa CNN tidak mencari keseimbangan dalam melapurkan berita ini ?
Saya perhatikan dari TV Astro bahawa hanya CNN yang membesar-beraskan aspek ini. Kenapa CNN sendiri tidak menerangkan betapa sulitnyanya hal pencarian Pesawat ini. Dalam laporan mereka jam 7 pagi dan dalam segmen Anderson Cooper 360*, dan Pierce Morgan Live dan Rencana Khas CNN memaparkan pakar-pakar yang menyatakan pendapat masing-masing dalam hal-hal teknikal yang ada hubung kait dengan masaalah ini. Tidakkah itu diceritakan pada waris penumpabg dari negara China.
Atau adakah muslihat Udang Di Sebalik Batu. Saya yakin ada. WaAllahu'alam....
Sama-sama kita fikirkan mengikut logik dan mengikut fakta sebenar.
Maka saya renung sendirian dan berazam lebih kuat lagi mahu menggalakan ahli keluarga besar saya supaya mempelajari dan menjadi pakar menguasi bahasa-bahasa asing. Dengan cara ini saya juga makin bersungguh-sungguh menggalakan mereka menjadi penulis / journalist dan menggunakan bidang ini dalam hal-hal "dakwah" yang lebih luas. Saya rasa hanya dengan cara ini sahaja kita dapat menyangkal dakyah mana-mana pihak yang tidak suka kita dan negara kita dan tidak suka melihat Islam gemilang. Saya hanya mengambil CNN sebagai contoh kerana di negara kita pun ada penulisan seperti dalam blog dan lain-lain sepertinya yang suka memperkecil usaha orang-orang perseorangan atau kumpulan yang berusaha sedaya mereka mahu MENEGAKAN KEBENARAN.
Lihat sahaja perjuangan Ikhwan Muslimun. Daiam Summit Lega Arab sekarang ini pun ada "kuasa -kuasa besar Islam" yang memusuhi ahli-ahli Ikhwan.
Tetapi siapa kata jalan ke Syurga itu mudah.
Maka kita sendirilah yang harus bertindak sebaik mungkin berusaha menegakan Kebenaran sperti yang dituntut oleh yang maha Pencita dan yang maha Berkuasa di Langit dan di Bumi.
Ayuh sama-sama kita berusaha mengikut kemampun, berdoa dan kemudian bertawakal.
Semoga Allah meredhai dan di Syurga Firdaus kita berjumpa lagi.
Aameen ya Rabb....
...
No comments:
Post a Comment