Ini dua orang cucu yang sekarang hadir di Genius Aulad, Puchong Selangor, Uwais dan Balkisyh.
Saya katakan pada mamanya: "mari kita masuk kat Tadika SmarTop, kat Tangkak Johor. Boleh?"
Tidak mungkin !
Dan mana mungkin saya mahu bersaing dengan tadika cucu-cucu ini.
Saya suka mengusik ibunya dan bertanya mengapa ia pilih Genius Aulad. Itu yang terdekat, katanya dan anak-anak suka.

Alhamdulilah. Itu yang penting. "School is fun" harus menjadi antara kriterior yang diberi perhatian.
Bila rasa seronok maka minda mudah terbina dan mudah menerima ilmu untuk simpan di dada.
Di Tadika Genius Aulad cucu-cucu saya sudah beraksi dengan Tae-kwan-do. Di Tadika SmarTop belum lagi. Baru berunding dengan seorang yang mahir hari Rabu ini bagaimana SmarTop boleh mendapat munafaat. Bezanya di Puchong ramai keluarga yang berkemampuan untuk membeli pakaian seni mempertahankan diri ini. Di Tangkak Johor kemampuan ini agak terhad. Tetapi jika ada kemahuan pasti ada jalan. Maka Parents Support Group di SmarTop sedang bergiat mencari sumbangan dari mereka yang berkemampuan untuk membeli set pakaian ini. Alhamdulilah. Semoga berjaya dan dengan itu SmarTop akan ada dua aktiviti ko kurikula yang membina minda melalui rangsangan fisikal. Aktiviti renang sudah di mulakan seperti foto di bawah ini. Kami sekali lagi membawa anak-anak ke Air Keruh Melaka kerana tidak ada kemudahan seperti ini di Tangkak, Johor.
Membina sebuah Tadika dan Taska bukanlah suatu yang mudah. Mencari tenaga pengajar dan pendidik dan pengasuh adalah antara yang amat mencabar kesabaran siapa jua yang berkecimpung dalam bidang ini. Sebenarnya ini bukan suatu yang terlalu sulit jika pihak pengurusan punya kumpulan dana kewangan yang mantap.
Tidak ramai yang mahu menjadikan guru tadika atau pengasuh Taska sebagai kerjaya seumur hidup. Tetapi kalau ganjaran seperti gaji dan elaun hidup dan lain-lain kemudahan diberi ditahap yang kompetatif, saya yakin ramai yang mahu mencubanya.
Saya bicarakan hal ini dengan salah seorang guru yang baru kami terima sebagai guru Bahasa Inggeris. Ia guru terlatih kementerian Pendidikan yang berhenti awal kerana ikut suami dan kerana kesihatan yang tidak begitu mengizinkan. Namun ia pernah bekerja sambilan di berbagai tadika seperti Smart Readers, Genius Aulad dan sebagainya. Saya berterima kasih atas saranan-saranan yang dikemukakan hasil dari pengalamannya yang luas di bidang pendidikan termasuk pendidikan awal kanak-kanak. Maka di SmarTop kami minta ia mengkemaskinikan syallabus dalam kurikulum mengikut mata pelajaran supaya dapat digunakan oleh guru-guru yang kurang terdedah dalam bidang ini. Ia juga akan membantu dalam hal-hal pelajaran dan pembelajaran untuk dimunafaatkan oleh semua guru.
Walaubagaimana pun saya menyatakan padanya bahawa apa jua yang kita buat, SmarTop tidak akan terikut-ikut dengan sistem di Tadika lain kerana kami punya wawasan yang sendiri.Kami contohi yang mana sesuai dengan visi dan misi kami.
Kami amat maklum bahawa hampir semua ibu bapa akan hanya berpuas hati jika anak-anak mereka tahu membaca menulis dan mengira bila tamat Tadika supaya mudah bila ke sekolah rendah nanti. Walaupun itu adalah juga objektif SmarTop, tetapi SmarTop akan berusaha menjadikan elemen akhlak sebagi asas tunjang. Biar lambat sedikit menguasai kemahiran membaca ,menulis dan mengira, tetapi anak-anak ini membesar dengan jiwa yang sudah mula mengenal dan mencintai siapa Allah, siapa Rasulullah dan rasa kasih sayang pada ibu bapa dan orang tua. Saya mula bercerita dengan guru ini prinsip Integrated Holistik Education Sistem IHES yang kami mendapat inspirasi dari ADNI Islamic School di Kuala Lumpur. Bila ada peluang dan ruang nanti kami akan menempatkan ia di Adni buat seketika untuk menimba pengalaman dan kemudian dimunafaatkan di SmarTop.
Semoga cita-cita kami tercapai sedikit demi sedikit. Semoga Allah memudahkan segalanya.
Aamiin ya Rabb...
...

No comments:
Post a Comment