Hari Ahad yang lepas saya dan anak buah saya menuju ke Kuala Selangor buat kali kedua dalam masa hampir 3 minggu. Tujuan hanyalah semata-mata untuk menjalin "Family Bonding"..... satu budaya yang semua keluarga harus ambil peduli. Itu pun satu ajaran Islam yang harus kita patuhi dengan penuh komitment.
Dengan penuh usaha dan kesabaran kami mencari rumah ini.... rumah cucu saudara saya yang pernah saya ceritakan dahulu. Kami ingin tahu perkembangan hidupnya sekarang dan ingin ambil tahu persekolahan anak-anaknya memandangkan ia kesempitan serba serbi.
Alhamdulillah anak-anaknya dapat memulakan pembelajaran bagi tahun 2018 dengan bantuan kewangan dari kakak saya. Saya ambil ingat akan beberapa hal untuk saya ceritakan semula pada keluarga emak dan ayahnya yang kurang berkemampuan untuk membantunya.
Saya rasa seronok dapat menjejak kasih dan dapat mengenali
serba sedikit hal cicit-cicit saudara saya.
Dalam foto ada tiga orang dan yang kecil sekali baru masuk sekolah tahun 1. Seronok ibunya menunjkan foto graduan di Tadikanya diakhir tahun lepas. Semua ibu mahu melihat kejayaan anak-anaknya.
Menyedari hakikat inilah saya mencadangkan mereka
balik ke johor dan tinggal di rumah pusaka neneknya.
Ibunya boleh berusaha bekerja di rumah orang berhampiran dan anak-anak boleh berjalan ke sekolah kerana
sekolah hampir sahaja dengan rumah pusaka neneknya.
Biarlah sang suami berusaha berasingan kerana ia mempunyai isteri kedua. Dalam mematuhi hukum dan tatacara hidup Islam
kita harus membuat senarai keutamaan. Saya yakin kebajikan
anak-anak harus didahulukan. Maka itu saya membuat
cadanga untuk memindahkan mereka ke Johor.
Namun belum ada keputusan muktamad yang dapat dibuat.
Semoga Allah menunjuki jalan.
Anak sulungnya kini ditingkatan 4 dan saya pergi menjejaknya ditempat ia bekerja dihujung minggu untuk membantu ibunya menyara adik-adiknya. Rasa tersdih di hati melihat kegigihnnya mahu berjaya dalam hidup. Biasa anak remaja begitu akan menggunakan masa hujung minngu dengan kekawn sebaya dan "berhibur"...... sepertinya. Anak remaja ini menumpu pada membantu ibunya. Semoga Allah memberi ia jalan keluar dalam kesusahannya hari ini.
Ia bekerja di warong makan dan menjual Cendol istimewa. "CENDOL BAKAR". Kami ke sana dan mencubanya. Berbaloi.....
Kami bersembang santai dan berbincang yang agak serious
selama hampir sejam. Saya lega dihati anak
sulungnya yang remaja ini bersikp matang
dalam berbincang hal hidup.
Alhamdulillah.... ibunya punya fikrah yang sihat dan
mendidik anak-anak sebaik mungkin.
Banyak yang boleh diperbaiki
dan potensi untuk maju saya lihat ia ada dalam dirinya.
Maka itu saya mahu mereka meneruskan hidup
di Johor hampir dengan kampung ibu bapanya
untuk panduan yang lebih dekat.
Anak saudara yang bersama saya mengambil foto untuk perhatian saya dan perhatian kakak saya dan boleh menjadi bahan bincang bagaimana kami boleh membuat "transfomasi" sejajar dengan kehendak pembangunan umat Islam secara jangka panjang.
Kampung tempat mereka tinggal indah tetapi mereka jauh dari sanak saudara yang dapat membimbing dengan lebh teratur. Ini penting bagi anak-anak generasi akan datang yang akan menjalani hidup yang lebih mencabar demi kesejahteraan umat Islam akhirnya. Transformai sulit untuk dicapai jika tidak ada fakta asas "family bonding"....... ia itu jalalinan erat kasih sayang dan kemesraan dalam keluarga.
Sebelum pulang saya bepeluk kasih sayang dan minta cucu saudara saya ini berfikiran menyeluruh dalam mengendali hidup. Saya mendoakan semoga Allah kurnia kemampuan untuk ia berdikari dan berjati diri mengendali keluarga dalam ruang lingkup kimanan dan ketaqwaan.
Walaupun usaha saya ini munkin tidak dipersetujui oleh sesetengah ahli keluarga, tetapi apa jua yang terhasil saya yakin dengan makna pepatah Melayu "AIR DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS". Redha Allah yang kita cari dan kita berpegang teguh pada fakta bahawa kita mahu masuk keSyurga sekeluarga.....
Mohon pertolongan Mu ya Rabb.....
.........
No comments:
Post a Comment