"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, January 10, 2018

Indahnya pautan kasih........




Minggu lepas suami dan saya ziarah seorang teman yang kurang sihat di Gombak Selangor. Sudah banyak tahun tidak ke Gombak maka itu saya minta seorang kawan seangkatan pergi bersama untuk tunjuk jalan. Saya tidak pintar guna GPS atau yang sepertinya.

Foto di atas ini kami berempat. Kami sebaya dan bersekolah bersama di Pontian Johor dari tingkatan satu lagi. Kami sama-sama tamat tingkatan lima pada tahun 1964. Cuma Zainal di kiri sekali tamat di MCKK. Tapi Pontian adalah tumpuan kami maka kami sering juga berjumpa, ziarah menziarah dan buat mini reunion.




Kali ini pertemuan kami memberi kesan di hati. Teman saya yang kurang sihat itu Dato Esa namanya. Beliau pesara Perkhidmatan Awam seperti saya juga. Dalam perbualan santai kami bercerita hal penjagaan kesihatan dan layanan yang kami terima di hospital awam. Kami berpuas hati, cuma masa menunggu agak terlalu lama. Paling cepat 2 jam dan ada ketikanya selama 3 jam. Apakan daya...... kami akur sahaja. Cuma kecewa sedikit kebelakangan ini ada ubat-ubatan yang tidak dapat kami ambil kerana tidak ada stok.... katanya. Maka  kami ambil minggu berikunya. Ekonomi merosot dan ubat-ubatan juga berkurangan. Kita harus mencari tempat untuk mengadu hal........

Jika kita sakit yang agak 'complicated' kita harus ada ahli keluarga yang boleh menjaga dan mengawasi kita. Dato Esa amat bertuah. Isteri yang sudah beberapa tahun tinggal berasingan atas sebab-sebab yang tersendiri kini sudah balik semula ke pangkuan keluarga. 

INDAHNYA PAUTAN KASIH.......

Kita tidak dapat menjangka  apa  yang ada di hati sesama manusia. Hanya Allah yang maha tahu. Saya kagum kerana isterinya mahu pulang semula pada keluarga setelah tahu Dato Esa benar-benar tidak sihat. Pada saya hatinya sungguh mulia..... sanggup melupakan perbezaan dan apa jua yang tidak dapat diselesaikan dan bersatu semula demi kasih yang sebenarnya. Dato Esa sakit dan perlu penjagaan rapi. Isterinya kembali dengan rela hati.......
Maka saya ingat surah Ar Rahman...

A013
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
(Ar-Rahmaan 55:13) |

Ayat ini diulang-ulang beberapa kali dalam surah Ar Rahman menyatakan betapa manusia dan Jin harus peduli dan bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan.


Saya pulang ke rumah rasa seronok dan bersyukur melihat Dato Esa senyum gembira dan isterinya melayani kami dan Dato Esa penuh mesra. Alhamdulillah.....

Indahnya cinta sesama manusia anugerah yang Maha Pencipta, Maha Kasih dan Maha Sayang pada hamba-hambanya.


...............

No comments:

Related Posts with Thumbnails