"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, January 4, 2018

Cucu-cucu ke sekolah..... utamakan keseronokan.



Huzaifah....Sudah mula remaja di tingkatan 1. Dia cucu sulung. Dia anak istimewa dan pilihannya ialah belajar bakery. Dia tidak mudah menumpu pada sesuatu maka ibu dan gurunya setuju ia memilih bakery. Allah maha Adil maha Saksama. Allah kurnia berbagai kepintaran, kepandaian dan keistimewaan. Maka bidang akademik bukan pilihannya. Tidak mengapa, tiada sesuatu yang Allah kurnia itu sia-sia. Pasti ada hikmahnya.

Maka saya sentiasa mengingatkan anak-anak saya supaya jangan menggesa anak-anak untuk serupa dengan kekawannya. Yang penting ia haus seronok ke sekolah dan seronok menjlani hidup kanak-kanak dan seterusnya remaja. Apabil seronok maka mudah ia menerima ilmu dan proses pembelajaran akan menjadi suatu yang di tunggu-tunggu setiap hari. Hati yang seronok akan membuka minda dan mudahlah pula ia mengajar diri untuk terus belajar. Jika hati tidak seronok ke sekolah, maka akan timbul masaalah pembelajaran.

Semoga Huzaifah menjadi anak yang soleh dan cemerlang dalam bidang pilihannya.

Di bawah ini saya turunkan pula foto-foto hari ini dalam sejarah cucu-cucu yang lainnya.


Ini Aizel. Tahun satu di sekolah berhampiran rumahnya di Puchong.


Ini Aqil. Juga tahun satu di Putrajaya.


Ini Amani Farissa di Sekolah Rendah Kampung Tunku.
Ia tinggal bersama saya dan in syaa Allah belajar maths dan sains dalam bahasa Inggeris.


Ini Uwais, Aizel dan Balkish. Uwais ada sedikit rasa kurang seronok 
pergi mengaji di rumah Ustaz di belakang rumah. Tidak ada kelas Kafa 
seperti di tempat-tempat lain. 
Saya rasa amat tidak faham mengapa begitu.
Mereka ini di Puchong. Saya minta ibunya menumpu pada Uwais 
semoga ia dapat merasai keseronokan pergi ke sekolah. Uwais masuk tahun3.


Ini Uwais empat beradik. Masa berlalu begitu laju dan saya kekadang tidak
 dapat mengikuti  perkembangan pembelajran mereka.

Pendidikan adalah asas kejayaan Tamadun manusia.
 Dan asas utama adalah Akhlak.
Ini tajuk perbincangan yang memerlukan ruang  dan masa.
In syaa Allah saya dapat menulis sesuatu mengenainya sebelum saya mengundur diri selamanya.
Sememangnya ia menjadi satu dilema memilih sistem pendidikan  yang dapat 
menjamin kecemerlang akademik dan akhlak. Sistem pendidikan
negara masih ada kepincangan.
Ini bukan suatu yang mudah diselesaikan. Maka sebab itu ada ibu bapa 
yang memilih "Home Schooling". Ada pilihan bebas 
bagaimana mahu menjalani proses
 Pengajaran dan Pembelajaran yang seimbang dan inklusif.

Saya hanya mampu berdoa dan nasihat sedikit sebanyak pada anak cucu dalam hal ini.
Ilmu saya pun belum tuntas dan baki umur saya pun amat sedikit sekali. Saya minta anak-anak saya sentiasa peka ha-hal pendidikan dan sentiasa menghayati pesanan 
Lukman alHakim seperti yang disebut dalam alQuran. 
Saya berhenti di sini dan saya turunkan 
Asas yang paling Asas dalam pendidikan.

A012
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.


A013
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

A014
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


Mohon maaf atas perkongsian seperti "TOUCH n  GO"sahaja ini.
Semoga Allah menunjuki jalan dan semua kita mendapat petunjukNYA
Ke arah Pendidikan yang sempurna.


........
......

No comments:

Related Posts with Thumbnails