"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Monday, January 8, 2018
Reunion luar dari biasa........
Pada hari-hari terakhir 2017 saya di Tangkak cuba memastikan apa yang perlu dilaksana di SmarTop Subur Fitrah. Selama beberapa hari di sana kekadang kami keluar makan tetapi biasanya partner saya akan memasak sesuatu yang saya tidak terfikir untuk membuatnya. Itu seronoknya bila berada di Tangkak.
Dan kali ini yang lebih seronok ialah dapat bertemu dengan adik lelaki pada Partner saya yang saya sendiri sudah lama tidak bersua. Dalam foto di atas ini dia berdiri di nombor dua dari kiri. Saya panggil dia Pak KMT. Beliau seorang usahawan dan masanya banyak digunakan di Indonesia. Beliau pulang hanya sesekali, dan pertemuan adik beradik pun amat sesekali. Saya hanya "menumpang semangkuk" berada di sekelilingnya kali ini. Sepertinya ia sebuah 'reunion'.
Kami bertemu di sebuah restoran tetapi tidak menjamu selera kerana ramai diantara kami yang berpuasa. Bila diumur senja seperti kami, maka jika sihat kami akan cuba berpuasa. Entah sampai bila kesempatan berpuasa Allah ruangkan. Semoga Allah beri peluang hingga ke akhir hayat.
Banyak cerita yang mahu dikongsikan. Tetapi oleh kerana masa tidak mengizinkan maka kami hanya mengemaskini cerita yang semua kami terlibat. Ia itu cerita sekolah yang di asaskan oleh Pak KMT dan kamilah yang berganding bahu melaksanakannya. Semuanya dalam masa lebih kurang 3 atau 4 bulan kami merancang dan membina sekolah itu. Ia adalah sekolah berasrama penuh di Garut, Indonesia. Ia khusus bagi anak-anak yatim dan miskin yang punya potensi tinggi untuk mencapai kecemerlangan. Garut adalah bandar kecil dan perkampungan yang luas, duduknya lebih kurang 3 jam dari Bandung. Kami membina dan memantau dari tahun 2010 hingga tahun 2012 atau 2013. Saya pernah menulis mengenainya dalam blog bagi tempuh itu.
Saya terpaku hati pada sekolah ini kerana kumpulan guru dan staf yang mengendalikan urusan hariannya amat komitted dan pelajar-pelajar juga menunjukan kesungguhan dalam aktiviti pembelajaran yang formal dan tidak formal. Tetapi kita tidak dapat mengatasi takdir. Setelah berjalan beberapa tahun Pengurusan sekolah ini menghadapi masaalah yang tidak dijangka akan berlaku. Ia berkaitan dengan syarat-syarat dan peraturan usahasama dalam perniagaan. Rumit ceritanya. Saya tidaklah bertujuan bercerita kesemuanya. Memadai kami hanya ambil iktibar dari apa yang berlaku. Usahasama perniagaan antara warga dua negara bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kebijaksanaan dan kesabaran yang luar biasa jika mahu berjaya.
Apa yang terkesan pada hati saya dalam "reunion"ini ialah mendengari falsafah hidup Pak KMT terutamanya mengenai rasa bertanggongjawab untuk meneruskan sesuatu walau pun masaalah yang dihadapi rumit dan mengancam kebebasan dalam berbagai bidang dan ruang. Apa pun msaalah yang dihadapi, beliau menegaskan supaya jangan kita putuskan silaturrahim yang ada diantara dua pihak yang berkongsi kepentingan. Biar kita rugi di dunia tetapi jangan sampai kita rugi di akhirat. Apalah rugi di dunia berbaqnding dengan kesengsaraan di akirat akibat kita tidak berfikir panjang dan tidak memaafkan kesalahan dalam bentuk apa sekalipun..
Setiap manusia ada kelemahan dan ada kekurangan. Namun kita harus ingat bahawa dalam kelemahan dan kekurangan itu kita masih bersandarkan tekad kita pada apa yang Allah swt syariatkan. Kita memafkan orang, semoga Allah memaafkan kita. (Teringat saya prinsip dan sikap IbadurRahman Yang banyak disebutkan dalam alQuran dan juga cerita-cerita mengenainya dalam hadith-hadith).
Pak KMT amat berhati-hati dalam tindakannya, samada dalam hal sosial, hal keluarga atau hal perniagaan dan perusahan. Beliau pernah jatuh dalam perusahaannya tetapi beliau berani bankit semula dengan semangat yang mengkagumkan saya. Beliau berkata kita jangan lupa pada pertolongan orang dalam menjalani hidup ini. Kita tolong orang, Allah pasti tolong kita. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.....
Terpegun saya mendengari cerita-ceritanya. Tetapi masa tidak mengizinkan untuk bercerita lama. Hanya lebih kurang sejam kami bersama dan Pak KMT harus besegera pulang ke Kuala Lumpur.
Itulah reunion yang luar dari biasa. Hidup ini amat singkat. Maka biarlah dunia ini menjadi pemangkin pada kesejahteraan kita di akhirt. Mencari yang terbaik hanya dari di sisiNYA.......
.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment