Pagi itu teman Partner saya ambil saya dengan Uber untuk ke TBS dan naik bas ke Tangkak. Tetapi 30 Disember bukanlah tarikh yang bagus untuk ke mana-mana melainkan kita ada hal penting sebab kenederaan awam di TBS amat sesak sekali. (foto di gate 4, TBS tunggu naik bas.)
Kami ingin ke Tangkak untuk menutup tirai Pre school SmarTop Subur Fitrah. Pada 2018 Pengurusan Taska akan dibuat di bawah naungan Koperasi Subur Fitrah...KOFITRAH. Ini idea untuk dilaksana pada 2018 dan semoga tercapai.
Setelah melihat dan memandu persediaan kelas untuk 2018, saya dan partner menuju ke Pagoh Johor untuk melihat-lihat keadaan pembangunan yang terkini untuk mendapatkan premis baru membuka Cawangan Taska Subur Fitrah.
Ini kali pertama saya ke daerah ini dan rasa teruja melihat betapa pesat pembangunan yang sedang berjalan. Dalam rasa teruja ada juga perasaan keraguan sama ada graduan univesity yang sedang membangunan di sini akan mendapat pekerjaan yang setaraf. Namun saya mengharapkan akan ada perubahan besar tahun ini yang memberi gambaran yang lebih meyakinkan dan lebih cemerlang. Kami di SmarTop akan terus berusaha dengan sikap positif kerana itu sahajalah harapan yang terbaik.
Kami putar-putar untuk melihat lokasi dan bangunan yang sesuai untuk disewa. Kami catat maklumat-maklumat yang mungkin diperlukan dan kemudian kami kekawasan lama daerah Pagoh untuk melihat jika ada alternatif yang lebih baik. Hari itu cuaca kurang baik maka kami "return to base" sebelum larut petang.
Malam itu kami ahli Lemaga Pengelola bertemu di rumah kami di Tangkak untuk berbincang strategy selanjutnya semoga tahun 2018 akan menghasilkan sesuatu seperti yang kami rancangkan. Tahun 2017 berlalu dengan sedikit masaalah guru dan staf yang sering bertukar ganti. Ini adalah kerana pasaran tenaga manusia tidak memberangsangkan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Ini mengakibatkan sedikit masaalah kewangan. Alhamdulillah dengan usaha dan kesabaran kami dapat bernafas tenang akhirnya. Dalam pada itu kami juga akan mengaturkan sesuatu untuk mendapatkan dana pembangunan dan pengurusan yang lebih teratur untuk menjamin kesinambungan operasi kami. Semoga pertolongan Allah sentiasa dekat dan usaha kami diberkati.
.........
No comments:
Post a Comment