Hari itu cuaca hujan dari pagi, sebentar renyai dan sebentar agak lebat. Saya dan Partner Tadika SmarTop Subur Fitrah memandu dari Tangkak ke arah Pagoh. Kami cuba selesaikan tugas 2 hari sebelum menjelang 2018 semoga kesibukan nanti pada tahun baru dapat dikurangkan.
Kami beputar-putar di Pagoh mencari bangunan yang sesuai untuk kami sewa dalam usaha kami mahu mengadakan cawangan Tadika di daerah itu. Dalam pada itu kami meluaskan pandangan dan menuju ke arah Panchor, sebuah pekan yang kecil tetapi hampir dengan Pagoh.
Dalam berputar-putar kami lalu di tepi sungai Muar seperti foto di atas itu. Saya agak teruja dan meredah kawasan yang agak kurang teratur dan kurang bersih sambil menanti suami patner saya bertanya-tanya dengan penduduk setempat tentang kebarangkalian boleh mendapatkan bangunan yang boleh disewa,
Saya agak sangsi boleh mendapat bangunan seperti yang kami fikirkan kerana bangunan-bangunan yang ada pun nampak lama dan tua. Tambahan pula suasana yang kami nampak tidak membuat kami selesa, jauh sekali dari rasa teruja. Di tepi sungai itu ada pohon besar yang membuat saya rasa agak "ngeri" kerana teringatkan cerita-cerita lama mengenai "hantu" dan "pontiananak". Lihat foto berikut.
Sebelum beredar kami berhenti di sebuah kedai kopi untuk rehat dan melihat-lihat. Tuan punya kedai ramah sekali dan kami bertanya-tanya hal penduduk dan bangunan untuk sewa. Pendekan cerita tuan punya kedai ini sanggup membawa kami untuk pergi lihat bangunan yang dia sendiri punya untuk di sewa. Oleh kerana ia sibuk kami duduk menanti.
Ketika inilah satu peristiwa berlaku. Dengan tidak semena-mena seorang lelaki agak tua tiada gigi yang penuh datang duduk di meja kopi kami dan membuka cerita bahawa dia seorang tukang urut. Kami mendengar sahaja tanpa menyambut ceritanya. Yang menakutkan saya ialah dia kata dia boleh tahu sama ada seseorang itu dikacau makhluk halus atau tidak. Dia kata kami betiga kosong.
Saya sambil mendengar sambil bertalipon. teteman saya rasa tidak selesa dan minta diri untuk tunggu tuan punya kedai di luar sahaja.
Ceritanya aneh sekali. Katanya dia bolih lihat apa yang orang lain tidak bolih lihat.
Pelik sekali.....
Bla sampai di rumah Tangkak kami ulas kejadian yang berlaku di Panchor tadi. Saya katakan kita ini masih lemah dari segi kekuatan Rohani kerana orang tua itu tidak takut sedikit pun dengan kami, Saya lantas teringat cerita dalam sejarah Islam bahawa syaitan dan jinn amat takut akan Saidina Umar alKhatab RA. Jika jinn nampak kelibat Saidina Umar RA pun dia sudah melarikan diri lintang pukang jauh-jauh kerana takut dan gentar.
Kita dengar juga cerita Ustaz-ustaz yang mahir perubatan Islam dan perubatan alternatif dapat rasa jika ada elemen Jinn disekeliling. Saya tidak arif. Tetapi saya rasa dan kata pada teteman saya bahawa benteng pertahan diri dari segi rohani masih tipis dan belum cukup untuk menakutkan elemen seperti Jinn sayitan. Semoga Allah melindungi kami. Semoga Allah menerima amalan soleh yang sedikit ini sebagai benteng untuk keselamatan. Semoga Allah tingkatkan Iman dan Taqwa dan yakin Allah sahaja yang maha pelindung dan maha berkuasa atas segala sesuatu. Kami akan sentiasa berhati-hati.....
Itu sahaja cerita saya...
Mohon perlindungan Mu yang Rabb....
........
No comments:
Post a Comment