Hari ini Jumaat, 26 January 2018. Sudah hampir pulih kepenatan minggu lalu. Setiap Jumaat ada sahaja sahabat handai yang mengingatkan keistimewaan hari Jumaat melalui WhatsApp. Alhamdulill sedikit sebanyak saya dapat memunafaatkannya. Semoga menepati kata-kata "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit".
Sudah beberapa minggu saya tidak solat Subuh Jumaat di Masjid. Rasa rugi dan bertekad tidak akan lagi malas-malasan. Penat sedikit tetapi menjadi alasan. Umur 70 seharusnya masih bertenaga yang mencukupi sekadar ke Masjid. Betul.......
Kata ustaz jangan mudah membela diri untuk tidak berbuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana umur. Subhanallah...... Seperti kata hadith "Setiap perbuatan baik adalah sedeqah".....
Bercakap mengeni perbuatan baik saya tetap ingat sahabat baik suami saya. Hambal namanya. Seminggu dulu dia mengirim foto dengan tajuk "Dua Sejoli"... dia pandai lawak. Saya turunkan foto di bawah ini yang diambil semasa sama-sama di Hosptal Prince Court minggu lepas.
Sebenarnya mereka seperti adik beradik kerana semasa bersekolah di Kulim, Kedah semasa remaja dahulu suami saya menumpang di rumahnya. Ayah Hambal adalah wakil rakyat ketika itu dan ayah suami saya kenal baik denagannya. Maka suami saya tinggal seperti anak angkat dan apa yang Hambal dapat suami saya akan dapat juga.
Alhamdulillah... satu kenangan manis. Hambal adalah setahun muda dari suami saya yang tahun ini akan masuk 71 dengan izin Allah.
Persaudaraan tidak semestinya sedarah sedaging. Malahan ada diantara kita yang sedarah sedaging tidak mengaku saudara dan sanggup berpisah kerana perbalahan harta warisan. Sedih tetapi benar. Mengapa harus harta jadi penghalang......
Sekarang saudara besar Hambal dan saudara besar suami saya adalah rapat dan berhubung selalu.
Alhamdulillah. Semoga berterusan hingga ke akhir hayat dan semoga ditemukan semula di Syurga Firdaus tanpa hisab, dengan Rahmat Allah semata-mata.
Aamiin ya Rabb....
....
No comments:
Post a Comment