Pagi hari Sabtu jam 11 kami ke Taman Saujana di Rawang. Saya teruja kerana sudah lebih 30 tahun tidak pernah menjejak kaki di daerah itu.
Kami mengiringi keluarga adik suami saya bertujuan menghadiri Majlis pertunangan anaknya Ammar seperti foto di sebelah ini. Ramai ahli keluarga terdekat yang mengiringi beliau dan kami rakam dalam foto di bawah ini.
Acara Majlis biasa sahaja seperti yang saya pernah saksikan di tempat-tempat lain. cuma saya terkesan dengan nasihat bapa Puteri pilihan dalam acara ini.
Pertunangan bukan kebenaran untuk menganggap bahawa suamya sudah halal. Ia meminta kedua belah pihak keluarga supaya memantau perilaku anak-anak muda supaya semuanya harus mengikut peraturan yang syar'e. Saranannya diterima baik oleh semua yang hadir.
Alhamdulilah.....
Ketibaan keluarga pihak lelaki.
Hantaran hadiah seperti adat Melayu Selangor.
Semua ahli keluarga mengambil tempat.
Pelamin pertunanagan yang cantik dan menarik.
Waktu saya muda tidak ada pelamin seperti ini untuk majlis pertunanagan.
Semua acara dibuat didalam bilik khas sahaja,
dan biasanya dibilik tidur yang terhias cantik.
Acara menyarongkan cincin pertunanagan dan rasmi sudah satu
perjanjian untuk majlis pernikahan di bulan Disember nanti,
dengan izin Allah.
Puteri pilihan.
Semoga disampaikan hajat untuk bersama hingga ke akhir hayat .
Aamiin ya Rabb....
.......
No comments:
Post a Comment