"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, January 29, 2018

"Tetamu Kehormat" buat saya.....








Semalam dalam Majlis pertunangan anak saudara di Rawang, saya teruja melihat seekor kucing dengan gaya manjanya menghadirkan diri dengan para jemputan yang lain. Saya rakam foto menghargai hakikat bahawa kucing adalan binatang belaan yang amat disukai dan di kasihi oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad Salallahualaihiwasalam.



Dalam alQuran Allah swt menceritakan perihal 
Nabi Sulaiman AS Yang dianugerah pada nya kekuasaan memahami dan menguasai Jin dan Haiwan. 
Saya turunkan di bawah ini Ayat yang memberikan
 gambaran tentang kekuasaan itu. 
Ayat-ayat itu sedikit sebanyak dapat memberi keinsafan pada kita bahawa haiwan ini adalah makhluk Allah yang harus diambil perhatian oleh manusia untuk menjaga 
keselamatan dan kesejahteraannya.
Maka itu saya cuba memberi keistimewaan pada
 haiwan dimana termampu.


A018
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
(An-Naml 27:18


A019
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".
(An-Naml 27:19) |


Pernah saya katakan dahulu dalam blog ini bahawa negara kita tidak cukup prihatin menanganni maslahah haiwan. Hutan ditebang untuk pembangunan tetapi tidak cukup usaha menjaga kepentingan haiwan dari segi keselamatan. Tidak jadi tujuan saya untuk menulis panjang lebar dalam hal ini kerana pakar-pakar yang berkaitan sudah bersuara mencukupi. Tetapi negara kita tidak ada 'political' will untuk tindakan yang wajar.

Saya khuatir di mahkamah Agong di akirat nanti kita tidak dapat berlepas diri. Jangan ambil ringan tentang haiwn sebab Allah tidak wujudkan mereka sia-sia.Maka kita buatlah apa yang termampu bagi kita dan kita sokong mereka yang bermati-matian cuba membela jiran kita .... haiwan.

Sama-sama kita fikirkan.

.......

No comments:

Related Posts with Thumbnails