"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, January 25, 2018

Biarkan ianya berlalu......










Untuk kenangan diri
Akan sebuah peristiwa yang terpaku dihati......


Dihujung 2016....
Ibarat kejutan yang mendadak tiba 
Yang tidak pernah terduga rupanya berlaku juga
Rencana sulit mengheret hidup ini ke dalam persada hiba.....
Jeritan hati hanya sendiri yang mendengarinya.

Tetapi kini ia sudah jauh ke tepi, onak dan duri tidak lagi aku peduli

Ku biarkan peristiwa meniti ingatan tetapi tidak terpendam di hati.
Aku tidak mahu rugi,
Tidak mahu melayani mereka yang lalai berhati budi
Tidak mahu membazir masa mengolah fikiran berhari-hari
Mencari kebenaran yang kabur hanya sekadar menagih simpati
Dan di penghujungnya tiada hasil yang memuaskan hati 

Aku tidak perlu sedih, tidak perlu kesal kerana Allah itu maha Satu
Setiap peristiwa Dia maha Melihat dan Dia maha Tahu
"La Tahzan...." aku ikuti saranan sebuah buku
Penuh khusyuk minda ini menumpu jitu

Ku layari liku-liku hidup sambil bertekad mahu berjati diri
Hati ini hilang pilu kuat berpaut pada yang maha Mengasihani 
Dia pasti memerhati bukti isi hati, 
Jangan hendaknya pura-pura mengerti
Allah maha Tahu hambanya yang pada Allah ia berbakti


Lumrah manusia memikirkan dirinya tegap dan mampu selalu
Bila aku berhadapan manusia seperti itu
Aku cuba biarkan fikiran dan sikap itu menguji waktu
Kan manusia bila sudah terhantuk baru nak tahu
Tingginya langit dan rendahnya bumi bukan manusia yang menentu

Biar hati sendiri sunyi memilu

Biarkan  rasa merobek minda, tapi  jangan bertindak melulu
Yakin pada Janji Ilahi yang benar itu pasti di anugerah ganti
Anugerah ganti yang hanya Allah mengerti
Tiada manusia dapat menjangkanya sehingga ianya terjadi.

Ada manusia yang sering silap jangkaan silap tafsiran

Silap percaturan, silap mengukur perasaan
Kerana hanya diri yang difikirkan
Maslahah lain dilupakan, dibiarkan, seperti tiada kesamaan kepentingan.

Tidak mungkin manusia boleh mengubah manusia
Manusia hanya mampu berfikir dan berusaha sedayanya
Allah sahaja yang menentukan hasilnya, semuanya....
Manusia harus redha kenana Rahmat Allah tiada tepiannya
Berkeyakinan dihujung segala pengorbanan pasti ada ganjarannya
Ganjaran yang dibentuk oleh yang Maha Bijaksana
Tidak akan sama dengan fikiran manusia
Melihat peristiwa mengikut ukuran sendiri tanpa memahami adanya Rahsia

Aku nantikan akan yang Rahsia...... 
Semoga membawa bahagia di sisiNYA.

....... 

No comments:

Related Posts with Thumbnails