Ini Akif.
Cucu saya berumur 10 tahun.
Lihat seperti anak biasa, tapi dia Otis.
Sometimes he would ask: "Embah why am I being refered to as autistic ?"
"Who called you autistic?" I would ask back.
"Hmmmmm...some people, and sometimes my teacher. My friends too..."
Saya pun sussah nak jawab soalan itu dan biasanya saya tukar perbualan. Akif akan sentiasa berbahasa Inggeris. Bukan kami ajar tetapi ia mudah mengikuti apa yang didengarinya di TV atau di mana sahaja. Di sekolah dia di kelas khas dalam sekolah biasa di Precint 8, Putrajaya.
Tak jumpa seminggu saya rasa rindu mahu mendengari bicaranya.
Dia luar biasa dari segi imaginasi yang ada padanya. Dia suka bercerita mengenai fenomena sains seperti sudah lepasan sekolah menengah...... kekadang lebih dari itu....seperti cerita kejadian alam, watak binatang liar, sains fiction dan berbagai lagi. Watak-watak kartun mudah sahaja dia menokok tambah.
Bila bersama dia bercerita dengan adik dan abangnya... dalam bahasa Inggeris. Saya pun hairan. Dengan ibu ayah juga bahasa yang sama. Dia mudah berbicara dengan dewasa dan bila jumpa kekawan saya dialah yang banyak bicara. Kalau tidak menyambutnya dalam bahasa Inggeris dia tidak bicara lama. Sekejap sahaja dia tumpu hal lain....
Dia minta saya beli komputer untuknya sebab abangnya control komputer ibunya dan dia jarang-jarang dapat guna....katanya. Saya tidak jawab spontan boleh atau tidak. Saya kata: "If you can spell me words more than 8 letters, then I may consider buying you a computer." Saya pun beri perkatan yang lebih dari 8 huruf. Terkejut saya dia boleh.... perkataan sains dan lain-lain. Saya rasa terperangkap. Saya cuba helah. "But you don't know all the meaning of all those words." "Yes I do." katanya. Saya berhelaqh dan berkata, "Ok , I'll get you one next year (meaning 2018). "But before that I'll buy you a good dictionary so you can learn more words ," Dia nampak seronok. Tetapi dia belum menagih lagi. Saya tunggu sahaja .......
Bila kita tidak faham fakta yang dia ingin bicarakan, dia macam "give up". Tapi saya cepat-cepat buat-buat faham dan saya cerita fakta lain dengan tujuan mahu mencabar kefahamannya.
Dia sambung balik....
Foto-foto ini saya ambil minggu lepas semasa makan malam dengan ibunya di tempat makan berhampiran rumahnya. Akif jarang duduk bersahaja. Ada sahaja yang mahu diceritakan. Bila ada regu abangnya, maka lebih lah "ideanya". Kekadang betegang leher dua beradik. Ujai nama abangnya. Dalam foto dia di kiri.
Abangnya juga istimewa. Dia ADHD. (Hyperaktive disorder). Saya seronok berinteraksi dengan keduanya. Tetapi Ujai tidak seperti Akif. Dia kurang berbicara. Tetapi bila tercabar oleh adiknya dia boleh jawab ikut imaginasinya. Kekadang imaginasi bertembong dan depa minta pengadilan dari siapa jua yang berdekatan dengannya. Malam itu saya jadi "pengadilnya". Alhamdulillah kata-kata saya masih dapat depa terima. Tetapi dihati entahlah...... Kekadang Akif ingat dan bila jumpa lagi dia akan bertanya lagi dengan saya.....
Begitulah karenah mereka.
Ada yang mereka bagus tetapi ada yang kekurangan. Ujai tahun ini belajar di kelas Bakery....di kelas vokesyenal di Putrajaya.
Inteleknya kurang sedikit.
Subhanallah..... Allah maha Adil dan maha Bijaksana. Tiada ciptaanNYA yang sia-sia. Kita hanya perlu bersabar dan kita berusaha sahaja dan yang lain Allah yang membimbing mereka.
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
(A-li'Imraan 3:191) Itu dulu coretan kali ini....
Saya sedang bertanya-tanya anak saya untuk beli komputer.
Semoga ada hikmahnya.
Mohon Petunjuk Mu ya Rabb.....
.........
No comments:
Post a Comment