imej diambil dari SINI
Hari ini 1 Muharram 1431, sama-samalah kita memperbaharui ingatan. Cerita atau tidak cerita, maut pasti datang. Elok kita cerita supaya kita sentiasa ingat dan memelihara diri. Maut tidak ikut prinsip yang dahulu didahulukan. Allah tentukan ikut KehendakNya. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Itu Ruh dan Nafsu kita. Jasad kita hanya pulang ke tanah. Itu disebut "from dust to dust".
Saya tujukan mesej ini khusus pada diri saya sendiri dan generasi saya yang kini berumur 60an. Setiap detik adalah berharga. Tetapi tidak bererti dalam umur ini kita duduk di atas tikar solat sahaja. Saya diberitahu bahawa Umar Mokhtar pejuang Arab Libya yang berusaha mempertahankan negara dari penjajahan Itali berumur 61 tahun ketika ia menerajiu angkatan perang Libya melawan musuh. Dia gugur syahid. Itulah yang kita cari. Ingin pulang kepada Allah sebagai Siddiqin, Syuhada' dan Solihin.
Allahuma Amin.
No comments:
Post a Comment